Balasan Syurga Untuk Mukmin Yang Menjawab Azan Dengan Hati Yang Ikhlas

0
1440

Pernah tak tengah buat kerja, azan berkumandang. Kitapun memilih untuk diam sekejap dan menjawab azan. Tapi ada sesetengah orang lain mereka langsung tidak menghormati azan dengan terus bersembang lebih kuat dari seruan azan tersebut. Sesungguhnya mereka dalam golongan orang-orang yang rugi.

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila kalian mendengar seruan (untuk solat), maka sahutlah (kalimat demi kalimat) sebagaimana yang dikumandangkan oleh muazin.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Umar bin Khataab ra. Ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Apabila muazin mengumandangkan (kalimat azan) ‘Allahu akbar, Allahu akbar’ maka salah seorang dari kalian menyahut dengan ‘Allahu akbar, Allahu akbar.’ Kemudian ia mengumandangkan ‘Asyhadu allaa illaaha lllallaah’ disahut dengan ‘Asyhadu allaa illaaha lllallaah’.

Kemudian ia mengumandangkan ‘Ash-hadu anna Muhammadan Rasuul Allaah’ disahut dengan ‘Ash-hadu anna Muhammadan Rasuul Allaah’. Kemudian ia mengumandangkan ‘Hayya ‘ala’l-salaah’ dan disahut dengan ‘Laa hawla wa laa quwwata illa Billaah’.

menjawab azan

BACA JUGA: Inilah 8 Amalan yang Mendatangkan Syafaat di Hari Kiamat

Kemudian ia mengumandangkan ‘Hayya ‘ala’l-falaah’ disahut dengan ‘Laa hawla wa laa quwwata illa Billaah’ Kemudian dikumandangkan ‘Allaahu akbar, Allaahu akbar’ disahut dengan ‘Allaahu akbar, Allaahu akbar’ Kemudian ia kumandangkan ‘Laa ilaaha ill-Allaah’ disahut dengan ‘Laa ilaaha ill-Allaah’, Semuanya diucapkan dengan seikhlas hati, nescaya ia masuk syurga.” (Hadis Sahih Riwayat Muslim)

# Selepas Azan Dikumandangkan, Kita Disunatkan Membaca Doa.

Dalilnya :

Nabi SAW bersabda maksudnya, “Apabila kalian mendengar muazin, maka ucapkanlah seperti yang dia ucapkan, kemudian berselawatlah kepadaku, kerana barang siapa berselawat kepadaku satu kali nescaya Allah berselawat kepadanya sepuluh kali. Kemudian memohonlah al-Wasilah (kedudukan tertinggi) kepada Allah untukku, kerana itu adalah kedudukan di syurga yang tidak layak kecuali untuk seorang hamba dari hamba-hamba Allah, dan aku berharap aku adalah hamba tersebut, barang siapa memohon al-Wasilah untukku nescaya dia (berhak) mendapatkan syafaat” (Hadis Sahih Riwayat Muslim no. 2/327)

# DOA SETELAH AZAN.

اَللَّهُمَّ رَبَّ هَذِهِ الدَّعْوَةِ التَّامَّةِ، وَالصَّلاَةِ الْقَائِمَةِ، آتِ مُحَمَّدًا الْوَسِيْلَةَ وَالْفَضِيْلَةَ، وَابْعَثْهُ مَقَامًا مَحْمُوْدًا الَّذِيْ وَعَدْتَهُ،إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيْعَادَ

Allaahumma rabba haadzihid da’watid taammah, wasshalaatil qaa imah, Aati Muhammadanil wassilah .Wal fadhilata Wab’atshu maqaamam’mahmuudalladzii wa’adtah .innaka laa tukhliful mii-aad .”

Ertinya :”Ya Allah, Tuhan Pemilik panggilan yang sempurna (azan) ini dan solat (wajib) yang didirikan. Berilah Al-Wasilah (derajat di syurga, yang tidak akan diberikan selain kepada Nabi dan fadhilah kepada Muhammad. Dan bangkitkan baginda sehingga boleh menempati maqam terpuji yang telah Engkau janjikan. Sesungguhnya Engkau tidak menyalahi janji”

WAKTU ANTARA AZAN – IQAMAH MUSTAJAB.

Dari Anas ra., ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Doa antara azan dengan iqamah, tidak akan tertolak” (Hadis Riwayat Abu Daud, Tirmidzi, An-Nasai, Ibnu Sunni dan lain-lain)

Tirmidzi mengatakan hadis ini hasan sahih. Menurut riwayat Tirmidzi ada tambahannya: “…….Mereka bertanya, “Apakah yang kami baca (ketika itu) wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Mohonlah kepada Allah keselamatan (keafiatan) di dunia dan di akhirat.”

FADHILAT MENJAWAB AZAN

Hadis dari Abdullah bin Amr, Rasulullah ﷺ bersabda: “Apabila kamu mendengar azan, maka ucapkanlah seperti apa yang diucapkannya, kemudian selawat bagiku. Sesiapa mengucapkan selawat bagiku satu kali, Allah memberinya selamat sepuluh kali. Dan setelah itu mohon juga kepada Allah wasilah bagiku, kerana ia adalah sebuah tempat di syurga yang hanya layak bagi salah seorang  di antara hamba-hamba Allah, sedangkan aku berharap, akulah orang yang beruntung memperolehinya. Maka sesiapa memohonkan wasilah kepada Allah bagiku, pastilah ia berhak mendapat syafaatku.”     (Riwayat Imam Muslim).

Menjawab azan amat dituntut dalam Islam, sehingga Rasulullah ﷺmemberi amaran: “Sekiranya dituangkan cairan timah panas  ke dalam telinga seseorang itu adalah lebih baik baginya daripada ia mendengar azan tetapi tidak menjawab dan menyahutnya.”  (Riwayat Abu Hurairah r.a.)

Rasulullah  ﷺ  bersabda: “Apabila azan dilaungkan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut lintang-pukang sehingga tidak mendengar suara azan dan apabila selesai azan, dia datang semula hingga apabila dibacakan iqamah untuk solat dia akan lari lagi, sehinggalah sempurna iqamah dibaca, lalu dia akan datang lagi mengganggu dan menimbulkan rasa was-was dalam diri, membisikkan kepadanya: Ingatkan itu dan ini, sesuatu yang tidak terlintas sebelum itu, menyebabkan seseorang itu tidak sedar berapa rakaat ia solat.”(Hadis riwayat Abu Hurairah).

Selepas ini marilah kita sama-sama mengajak kawan-kawan yang lain untuk menjawap azan dan menunaikan solat segera.

Sumber: FB Abu Basyer

BACA JUGA: Makna Di Sebalik Perubahan Warna Langit Ketika Waktu Solat Tiba

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here