8 Fakta Tentang Burung Merpati Di Masjidil Haram

8 fakta tentang burung merpati di masjidil haram yang kita tahu, tetapi tidak sedar….

1) Merpati di masjidil haram tidak terlalu bertambah, dalam masa yang sama tidak pernah berkurang. Subhanallah…

2) Merpati masjidil haram tidak pernah bercampur dengan burung-burung yang lain…

3) Merpati di masjidil haram mempunyai imuniti yang kuat untuk menentang pelbagai penyakit sehinggakan pakar-pakar mengatakan amat sukar untuk merpati-merpati ini terkena influenza burung kerana memiliki imuniti yang kuat…Allahuakbar!!!!

4) Merpati tanah haram tidak pernah terbang ke atas kaabah…

5) Dikatakan asal-usul merpati haram adalah merupakan dua ekor merpati yang telah membuat sarang di pintu gua ketika Rasulullah Sallallahualaihiwasallam berhijrah, maka balasan daripada peristiwa itu, dua ekor merpati tersebut dikurniakan untuk hidup bersama zuriat-zuriatnya dengan aman di masjidil haram sehingga sekarang…

6) Tidak boleh membunuh merpati masjidil haram, menangkapnya dan menghancurkan telurnya…Sesiapa yang melanggar maka akan dikenakan pampasan…

7) Merpati tersebut tidak menetap di masjidil haram, tetapi menetap di luar dan ia akan pulang sebaik sahaja terbitnya matahari kerana itulah sarang-sarangnya tidak didapati di masjidil haram….

8) Merpati masjidil haram tidak pernah dimasak dagingnya mengikut periwayatan ahli makkah…Wallahu a’lam…

Leave a Comment

five × one =