Hanya 5 Syarat Untuk Melakukan Maksiat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 5 Syarat untuk melakukan maksiat? Pasti ramai yang ingin mengetahuinya. Itulah lumrah sifat manusia, jika ianya dilarang itulah yang ingin dilakukan. Apa yang disuruh pasti sukar pula untuk dituruti.

Inilah kelemahan manusia yang memudahkan buat syaitan untuk menyesatkan kita semua. Kita dikurniakan nafsu untuk menikmati nikmat kehidupan tetapi jika ianya tidak dikawal maka akan menjadi petaka yang akhirnya memusnahkan segala nikmat di dunia dan juga di akhirat. Kelebihan dikurniakan akal fikiran pula seringkali tidak digunakan sebaiknya.

Masih juga nak tahu bagaimana boleh melakukan maksiat di dunia ini? Wah! Macam tak sabar jer… Ya, Boleh! Namun ada lima syarat yang perlu dituruti. Ikuti kisah berikut yang menyatakan 5 syarat untuk membolehkan anda melakukan maksiat.

5 syarat melakukan maksiat, jauhi maksiat, maksiat terhadap Allah, maksiat sesama manusia, dosa maksiat, dosa zina

Suatu hari ada seorang lelaki bernama Abdullah menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.” Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, “Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat.” Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. “Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata, “Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya.” Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, “Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?” “Ya!” tegas Ibrahim bin Adham. “Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?”

BACA JUGA: Petanda Si Dia Adalah Jodoh Kita (Dalam Islam)

“Syarat yang kedua, kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!.” kata Ibrahim, Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, “Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?” “Ya! Anda benar.” kata lelaki itu.

Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, “Syarat ketiga, kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!” Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, “Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?” “Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?” kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, “Syarat keempat, kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, ‘Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh’.” Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, “Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?” Ibrahim pun menjawab, “Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya…Itulah syarat yang kelima”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, “Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah.” katanya sambil terisak-isak.

BACA JUGA: Cara Yang Betul Mencuci Kemaluan Menurut Islam

Ikuti Segala Perintah, Jauhi Segala Larangan

Mampukah kita untuk memenuhi kelima-lima syarat yang telah ditetapkan? Jika masih lagi ada lagi berdalih untuk menghalalkan maksiat… sesungguhnya hatimu telah hitam dan keras seperti batu. Semoga Allah membuka pintu hidayah agar ada ruang kecil dihatimu untuk terdetik walaupun sedikit agar kembali berubah ke jalan yang benar.

Hadirnya kita di dunia ini bukan boleh bebas untuk berbuat apa sahaja sesuka hati. Kita semua punya tanggungjawab dan matlamat yang perlu dilakukan dan ditaati. Kehidupan yang hanya sementara sebelum menikmati kehidupan yang kekal abadi.

Semuanya telah diajar oleh utusan Allah SWT iaitu Nabi Muhammad SAW dan tertulis lengkap dan rapi di dalam Al Quran. Oleh itu… Ikutilah segala perintahNya dan jauhilah segala laranganNya.

Kredit: Bin Muhammad

Leave a Comment

1 × 1 =