5 Golongan Yang Diburu Haiwan Bernama Huraisy Di Neraka Kelak

Mungkin sudah banyak sekali kemunculan haiwan aneh mulai bermunculan sebagai tanda kekuasaan Ilahi. Namun kemunculan haiwan dari neraka jahanam, tentu lebih ganas dan mampu membinasakan makhluk di Bumi.

Sebagaimana telah diceritakan oleh Baginda Rasul mengenai kemunculannya, bahawa haiwan neraka itu disebut-sebut sebagai Huraisy.

Ukuran panjang huraisy meliputi panjang langit sampai ke bumi, lebarnya berjarak sampai habisnya arah timur dan barat. Kemunculannya akan membuat malaikat Jibril bertanya kepadanya.

Apakah semua orang di bumi bakal diburu oleh haiwan neraka tersebut?. Ternyata setelah Malaikat Jibril melontarkan kepada Huraisy sebuah pertanyaan ”Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan hendak mencari siapa?“.

Lantas Huraisy pun menjawab “Aku mencari lima jenis orang”. Terdapat beberapa golongan orang yang bakal dicari kemunculannya, sebagai peringatan bahawa orang-orang tersebut telah enggan mengikuti perintah-perintah Allah SWT.

1. Orang yang Meninggalkan Solat

Orang yang meninggalkan Solat berarti melanggar tuntunan agama Islam kerana Solat tidak lain merupakan salah satu simbol keislaman kita, maka sebaiknya jangan sampai meninggalkannya.

Sungguh termasuk orang-orang merugi bagi siapa pun hamba Allah yang cenderung memikirkan perkara dunia, hingga sampai melalaikan urusan akhirat terutama sekali solat fardhu.

Huraisy pun termasuk haiwan yang memburu golongan ini. Sepadan neraka jahanam membuat orang menjadi hancur berkeping-keping. Haiwan penghuni neraka ini akan terus mencari dan mendatangi mereka.

Maka alangkah baiknya kita semua tetap mendirikan Solat meski berbagai rintangan menjadi penghadang, demi menjunjung tinggi keimanan sebagaimana apa yang telah diwajibkan dalam Al-Qur’an dan Sunnah.

2. Orang yang Enggan Mengeluarkan Zakat

Keserakahan harta memang tak boleh dikawal malahan menghadang ketaatan kita secara berterusan. Namun apakah kita terlena, sehingga enggan mengeluarkan zakat yang seharusnya menjadi hak Mustahiqnya.

Menyisihkan harta 2,5 %, 5 %, atau 10 % untuk Mustahiq zakat memang terkadang begitu berat. Tapi jika disulami keimanan dan percaya bahawa semua rezeki hanyalah titipan Ilahi untuk ditunaikan kewajibannya, Maka tidak ada sedikit pun rasa keberatan dalam menunaikannya.

3. Durhaka Kepada Orang Tua

Peranan orang tua bagi anak memang sangat berjasa sekali. Begitu mulianya kedudukan orang tua di hadapan Allah SWT, sehinggakan Allah menggambarkan tingkat keredhaan-Nya tergantung redhanya orang tua.

Allah SWT memerintah seorang anak untuk selalu berbakti kepada kedua orang tuanya. Hal demikian memang sebagai simbol ketaatan anak kepada Ilahi.

Tidak boleh mengucapkan suatu apapun yang menyakiti hati keduanya, meski hanya berupa bantahan-bantahan kecil!. Kebencian Allah akan datang bagi siapa pun anak yang mendurhakai orang tua.

4. Para Peminum Arak

Haiwan penghuni neraka muncul di akhir zaman memberi peringatan bagi orang-orang yang suka minum-minuman memabukkan. Ingatlah bahawa syaitan-syaitan telah banyak menjatuhkan keimanan seseorang dengan minuman ini.

Merayu mereka dengan beberapa bisikan yang seolah-olah tidak ada dosa bagi mereka. Nyatanya minuman memabukkan telah membuat mereka melakukan hal-hal keji, sehingga Allah murka terhadap orang-orang tersebut.

5. Gemar Bercakap Perkara Duniawi di Dalam Masjid

Masjid tidaklah dibuat untuk berunding masalah dunia, kerana kemunculannya semata-mata hanya diperuntuhkan menghadap kepada Allah, bertafakur fiddin, beribadah dan berupaya mendekatkan demi menggapai redha-Nya.

Menjadikan masjid sebagai ruang bercakap-cakap masalah duniawi, bererti sepadan dengan melakukan kezaliman di rumah Allah SWT.

Baginda Rasul SAW bersabda :

Apabila Kamu melihat orang melakukan jual beli di masjid, maka katakanlah, “Semoga Allah tidak memberikan keuntungan dalam perniagaanmu”. Dan apabila engkau melihat orang yang mengumumkan barang hilangnya di masjid maka katakan, “Semoga Allah tidak mengembalikan barang itu kepadamu. (HR. AT-Tinnidzi dan lainnya, kedudukan hadits Shahih)

Huraisy akan selalu mencari kemunculan orang-orang yang berbuat kezaliman seperti ini. Haiwan penghuni neraka jahanam itu akan memberikan peringatan keras terhadap apa yang mereka lakukan.

Namun Allah SWT selalu memaafkan bagi siapa pun yang berbuat khilaf Untuk meminta keampunan atau bertaubat, kemudian berjanji tidak mengulangi perbuatan tercela itu.

Sumber: Islamidia

Leave a Comment

three + fourteen =