Categories
Doa

Doa Minta Tangguh Atau Hentikan Sementara Haid Bagi Wanita Yang Berniat Umrah/Haji

Doa Minta Tangguh Atau Hentikan Sementara Haid Bagi Wanita Yang Berniat Umrah/Haji | Bagi golongan wanita yang belum menopaus, mereka akan didatangi haid sekali pada setiap bulan mengikut kitaran masing-masing.

Ada di antara kita yang berharap tidak didatangi haid pada waktu tertentu kerana mahu beribadah. Berikutan itu, ada doa dan ayat yang boleh digunakan sebagai salah satu ikhtiar untuk mengerjakan ibadah seperti berpuasa, ibadah haji serta umrah.

Jika anda mengira kitaran dan waktu sepatutnya anda ‘uzur’ jatuh pada hari semasa mahu melakukan perkara yang tidak dapat dielakkan seperti perubahan waktu jadual perjalanan kapal terbang untuk menunaikan ibadah umrah atau haji, anda boleh mencari ikhtiar dengan membaca dan mengamalkan doa di bawah:

BACA JUGA: Boleh Ke Wanita Datang Haid Masuk Ke Hutan?

Doa & ikhtiar tangguh atau henti sementara haid

haid
Bacaan ayat & surah 

Ayat pertama, surah Al-Masad (Al-Lahab)

Baca dari ayat 38, Surah Yassin

Baca sebahagian ayat 44, Surah Hud

Surah Al-Ikhlas

Selawat ke atas Nabi

Antara waktu-waktu yang anda boleh baca doa serta ayat-ayat di atas:

  • Selepas kitaran haid terakhir.
  • Sebelum haid seterusnya tiba.
  • Selepas solat fardu.
  • Semasa hendak berangkat ke Tanah Suci.
  • Sepanjang berada dalam ihram.

Cara mengamalkan doa

  1. Apabila selesai membaca ayat 1, 2 dan 3, tekankan lidah ke lelangit, tarik nafas dan tahan selama lima saat sambil berdoa (mohon dihentikan sementara haid sehingga ibadah haji atau umrah selesai) lalu dihembuskan ke dalam air.
  2. Diteruskan membaca surah Al-Ikhlas dan ketika berhenti pada setiap hujung ayat hendaklah disebutkan niatnya dalam hati contohnya, “Ya Allah, berhentikanlah darah ini” lalu ditiupkan dalam air.
  3. Diakhiri dengan membaca Selawat Nabi lalu dihembuskan ke dalam air kemudian dibuat minum. In Shaa Allah berkesan.
  4. Selain itu, boleh juga ditiupkan dan sapu sebanyak tiga kali pada bahagian ari-ari atau peranakan iaitu di bahagian atas dan bawah perut.
  5. Berdoalah dengan seikhlas hati dan bersungguh-sungguh kerana segala yang berlaku adalah dengan izin Allah SWT. Jika Allah mengizinkan, kitaran haid akan tertangguh sehingga ke suatu masa yang dikehendaki.

Doa penamat

haid
Walau bagaimanapun, anda juga boleh mengampil pil tahan haid yang boleh didapati daripada doktor selain berdoa. Apa saja cara kita boleh ikhtiarkan tapi mestilah digunakan untuk sebab-sebab munasabah.

Categories
Doa

Amalan Doa Selepas Solat Subuh Yang Dapat Menghapus 10 Kesalahan

Amalan Selepas Solat Subuh Yang Dapat Menghapus 10 Kesalahan. Ada banyak amalan sesudah solat subuh atau solat fardhu yang lainnya. Antara amalan yang sunat dilakukan termasuklah berzikir dan berdoa memuji-muji nama Allah, Tuhan pemberi rezeki Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Yang saya nak share dalam tulisan kali ini adalah tentang amalan selepas solat subuh yang dapat menghapuskan 10 kesalahan kita kepada Allah. Senang cerita dosa kita yang lepas yang kita tak terkira jumlahnya.

Daripada Ustaz Md Faizal Wahab, beliau menggariskan satu amalan mudah yang boleh diamalkan oleh kaum muslim agar diberikan keberkatan hidup setiap hari.

solat subuh

Inilah Doa Selepas Solat Subuh Yang Patut Kita Biasakan Setiap Hari

Nak tahu apakah amalan tersebut?

Mengikut ustaz tersebut, amalan mudah berikut amat bermanfaat diamalkan. Insyaa Allah.

Bacalah,

La Iaaha Illallahu Wahdahu La Syarikalah..
Lahul mulku wa lahul hamdu yuhyi wa yumiit
Wa hua ‘ala kulli shai-in qadir.

Mengikut kata ustaz dalam videonya, amalan di atas jika dibaca sebanyak 10 kali selepas solat subuh, ia akan memperolehi :

  1. Dituliskan 10 kebaikan kepadanya
  2. Dihapuskan 10 kesalahannya
  3. Dinaikkan 10 darjatnya
  4. Dipelihara daripada keburukan sepanjang hari
  5. Dipelihara dari syitan yang direjam.

BACA JUGA: 6 Bahaya Tidur Selepas Subuh Bagi Umat Islam

Insyaa Allah.

Tonton Video: Amalan Selepas Solat Subuh Yang Dapat Menghapus 10 Kesalahan

Categories
Doa

Doa Khusus Keselamatan Elak Dirogol Atau Dicabul, Amalkan & Sebarkan Pada Kaum Hawa

Doa Khusus Keselamatan Elak Dirogol Atau Dicabul, Amalkan & Sebarkan Pada Kaum Hawa | Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-

رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ

DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI’UL ‘ALIM

Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : “Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui” sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya” ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan – Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

doa keselamatan

Doa Keselamatan Untuk Para Wanita

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA’LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA ‘ALA ZAWJI FALA TUSALLIT ‘ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim” ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )

Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga keselamatan dan kehormatannya dan sudah tentu auratnya.

Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.

Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa keselamatan ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.

Fikirkanlah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008

P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN DEMI KESELAMATAN KAUM HAWA.

Sumber: Zaharuddin.net

BACA JUGA: Istighfar, Penolak Bala Bencana dan Sebagai Penyelamat

Categories
Doa

Doa Terakhir Yang Diajar Oleh Allahyarham Dato Hassan Azhari Kepada Semua Adalah Doa Melembutkan Hati Anak

Doa Terakhir Yang Diajar Oleh Allahyarham Dato Hassan Azhari Kepada Semua Adalah Doa Melembutkan Hati Anak

Latar Belakang Datuk Hassan Azhari 

Datuk Hassan Azhari (lahir 18 Ogos 1928) adalah seorang rakyat Malaysia berketurunan Melayu merupakan seorang pendidik terkenal dengan rancangan Muqaddam pada awal 1970-an di saluran RTM. Beliau merupakan orang yang melaungkan azan semasa kemerdekaan negara Malaysia pada 31 Ogos 1957.

Kehidupan peribadi

Beliau dilahirkan di kampung Syu’ib Amir di Mekah pada 18 Ogos 1928. Ayahnya bernama Azhari Abdul Khaliq, tokoh agama terkenal di Selangor manakala ibunya ialah Fatmah Abdul Hakim, berketurunan Arab Mesir al-Shanani dan Padang, Indonesia.

Hassan Azhari

Keluarga

Beliau mempunyai 22 orang anak dari tiga orang isteri. 13 orang anak yang pertama hasil perkahwinan beliau dengan isteri pertama, Sahara Abdul Samad, yang meninggal pada April 2004.

Tiga orang anak lelaki Allahyarham Dato Hassan Azhari yang pertama amat dikenali ramai iaitu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, bekas ADUN Hulu Klang, Dato’ Fuad Hassan kini Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Khas atau JASA Kementerian Penerangan., dan pelakon terkenal Dato’ Jalaluddin Hassan.

Seorang lagi anaknya dengan isterinya Maimunah Abd. Ghani, Mohammad Izzat Hassan megikuti jejak langkah abangnya Musa di dalam bidang kepolisan.

Beliau dikhabarkan sangat tegas dalam agama tetapi masih seorang bapa yang penyayang.

Pendidikan

Allahyarham Dato Hassan Azhari dibesarkan dalam persekitaran keluarga dan masyarakat yang berilmu dan beragama. Beliau mempelajari al-Quran sejak kecil di Mekah. Di peringkat rendah, mempelajari secara formal di Madrasah Dar al-Ulum, Mekah.

Antara guru beliau di sini ialah Sheikh Yasin al-Fadani dan di Masjidil Haram, gurunya ialah Sheikh Ismail Tamim (salah seorang imam masjid di Mekah)

Ketika berusia lapan tahun, berhijrah ke Malaya (Malaysia) bersama abangnya, Abdul Hakim dengan menaiki kapal laut selama beberapa bulan. Di Malaya, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Marta al-‘Ulum al-Diniyah di Kuala Langat, Selangor seterusnya ke Sekolah Arab al-Hayat al-Mardiyyah di Kampung Jawa, Selangor.

Beliau menyambung pelajaran ke Sekolah al-Junaid, Singapura selama dua tahun untuk meningkatkan penguasaan bahasa Arab. Antara gurunya ialah Sayyid Abu Bakar al-Saqqaf dan Sheikh Abdullah al-Faqih.

Kemudian, beliau menyambung pengajian ke Maahad al-Ulum (kini Sekolah Agama Menengah Hishamuddin, Kelang) dan memperoleh sijil Rabi’ Thanawi. Bagi mendalami pengajian al-Quran, beliau kembali ke Mekah dan menyambung pengajian dengan Sheikh Ismail Tamim.

Beliau kemudiannya mempelajari bidang tarannum dengan beberapa ulama terkenal antaranya Syed Mahmud Lutfi Amir. Guru-guru al-Quran yang lain ialah Sheikh Mahmud al-Bukhari (riwayat Hafs), Sheikh Muhammad Abdul Samad, Dr. Ahmad Nuaina dan Syed Mahmud Amin Tantawi (riwayat Warsy Imam Nafi’).

Pencapaian

Allahyarham Dato Hassan Azhari telah memberi sumbangan besar kepada negara dengan melaungkan azan semasa menyambut kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Beliau turut melaungkan azan pada perasmian Masjid Negara pada tahun 1967, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang dan Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan, Brunei.

Beliau juga merupakan penerima Tokoh Ma’al Hijrah 2002, yang merupakan penghormatan tertinggi bagi individu yang memberikan banyak sumbangan terhadap kemajuan Islam di dalam negara.

Allahyarham Dato Hassan Azhari juga telah mengajar al-Quran dalam Radio Malaya dari 1960 hinggalah 2000. Beliau juga turut mengacarakan rancangan agama selama lapan tahun di TV1 yang bertajuk Muqaddam pada 1970-an. Rancangan ini memberi pendedahan yang mudah untuk membaca al-Quran daripada permulaan.

Pada 1997, beliau mendapat Anugerah Khas Seri Angkasa kerana penglibatannya selama 40 tahun bersama RTM.

Allahyarham Dato Hassan Azhari juga merupakan hakim Pertandingan Tilawan al-Quran yang paling lama berkhidmat dalam negara. Hampir 46 tahun berkhidmat sebagai hakim, beliau juga menjadi hakim di Arab Saudi, Mesir, Iran, Dubai, Brunei dan Thailand.

Hassan juga pemenang tempat pertama Pertandingan Tilawan al-Quran yang diadakan di Malaya pada 1947, anjuran UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu) ketika itu.

Video:

Categories
Doa

Ini Ayat Pembatal Sihir Rezeki, Siapa Tahu Kita Telah Disihir Puncanya Terhalang Rezeki Kita.

BISMILLAH. Dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil agak biasa perniagaan merudum, namun pernah tak anda dengar tentang sihir rezeki?

Adat dunia perniagaan, apabila ada perniagaan orang lain lebih berjaya maka akan ada pihak lain yang tidak berpuas hati. Nak pula kalau bisnes dalam pasaran yang sama. Contohnya kedai makan si B yang baru dibuka lebih ramai orang dan kedai makan si A terus merudum kerana ramai pelanggan telah lari ke kedai makan si B kerana makanan yang lebih sedap pada harga yang lebih berpatutan.

Bagi mereka yang sentiasa berfikiran positif mereka melihat bisnes yang merudum ini mungkin ada kena mengena dengan servis yang mereka tawarkan kurang mesra dan makanan yang rasanya tidak konsisten kadang kala sedap kala kala seperti basi pun ada.

Namun tidak dapat dinafikan ada kalangan pesaing dalam perniagaan mengambil cara mudah dan kuno dengan menggunakan khidmat bomoh untuk menggunakan sihir rezeki orang lain.

BACA JUGA: Cara Berniaga Di Shopee Dengan Betul Sehingga Mampu Menjana Sale 4 Angka Seminggu!

sihir rezeki

Apakah Sihir Rezeki?

Sihir Rezeki bermaksud orang yang menyihir agar rezeki orang tersebut sempit, kedai atau tapak perniagaan musuhnya bangkrap. Cara pembatal sihir rezeki boleh dibaca pada air dan disiram sekeliling tapak sihir atau diamalkan saja ayat ini setiap hari. Juga berfaedah penarik rezeki.

Tonton Video Ini : USTAZ SHARHAN AYAT PEMBATAL SIHIR REZEKI, INSYAALLAH

1. Surah Hud (هود), ayat 6:

وَمَا مِنْ دَابَّةٍ فِي الأرْضِ إِلا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا وَيَعْلَمُ مُسْتَقَرَّهَا وَمُسْتَوْدَعَهَا كُلٌّ فِي كِتَابٍ مُبِينٍ (٦)

Ertinya: Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). ۝

2. Surah al-Isra’ (الإسراء), ayat 3:

إِنَّ رَبَّكَ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ إِنَّهُ كَانَ بِعِبَادِهِ خَبِيرًا بَصِيرًا (٣٠)

Ertinya: Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan Ia juga yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Ia Maha Mendalam pengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-hambaNya.۝

BACA JUGA: Inilah Doa Nabi Sulaiman Untuk Jadi Kaya Dan Murah Rezeki

3. Surah al-Zariyat (الذاريات), ayat 22-23

وَفِي السَّمَاءِ رِزْقُكُمْ وَمَا تُوعَدُونَ (٢٢) فَوَرَبِّ السَّمَاءِ وَالأرْضِ إِنَّهُ لَحَقٌّ مِثْلَ مَا أَنَّكُمْ تَنْطِقُونَ (٢٣)

Ertinya: Dan di langit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu. ۝ Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya (apa yang tersebut) itu tetap benar, (tidak patut diragu-ragukan) sebagaimana (tidak sepatutnya diragukan) benarnya kamu dapat berkata-kata. ۝

4. Surah Fatir (فاطر), ayat 2:

مَا يَفْتَحِ اللَّهُ لِلنَّاسِ مِنْ رَحْمَةٍ فَلا مُمْسِكَ لَهَا وَمَا يُمْسِكْ فَلا مُرْسِلَ لَهُ مِنْ بَعْدِهِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ (٢)

Ertinya: Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu dan (ingatlah) Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ۝

5. Surah al-Dhuha (الضحى):

وَالضُّحَى (١) وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى (٢) مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى (٣) وَلَلآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الأولَى (٤) وَلَسَوْفَ يُعْطِيكَ رَبُّكَ فَتَرْضَى (٥) أَلَمْ يَجِدْكَ يَتِيمًا فَآوَى (٦) وَوَجَدَكَ ضَالا فَهَدَى (٧) وَوَجَدَكَ عَائِلا فَأَغْنَى (٨) فَأَمَّا الْيَتِيمَ فَلا تَقْهَرْ (٩)وَأَمَّا السَّائِلَ فَلا تَنْهَرْ (١٠) وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ (١١)

Ertinya: Demi waktu Duha. ۝ Dan malam apabila ia sunyi-sepi. ۝ (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). ۝ Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. ۝ Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati). ۝ Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? ۝ Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? ۝ Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? ۝ Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. ۝ Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik. ۝ Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. ۝

Semoga dengan amalan ini jika kita mengalami sihir rezeki, akan Allah mansuhkan sihir rezeki tersebut dan mempermudahkan rezeki kita selepas ini.

BACA JUGA: Doa Untuk Isteri Amalkan Supaya Suami Tidak Cari Lain Atau Curang

Categories
Doa

Amalkan 10 Teknik Ayat Padu Ini Di Dalam Berdoa & Alami Sendiri Perubahan

Hari-hari kita berdoa, tapi faham ke tidak doa yang dibaca tu?

Kalau ada di antara kita yang bertanyakan soalan sama, dah tiba masa untuk ubah atau tukar cara kita berdoa. Mungkin kalau sebelum ini kita hafal dan selalu berdoa dalam Bahasa Arab, selepas ini boleh tukarkan doa-doa yang kita baca itu kepada Bahasa Melayu pula.

Bila dah faham doa, pasti lebih seronok untuk memohon permintaan dari Allah. Sekali gus kita juga akan lebih khusyuk dan lebih menghayati doa yang dibacakan.

Namun, bila dah faham doa, apa lagi cara yang boleh kita buat untuk improve-kan doa harian kita? Begini caranya:

Seorang wanita di Facebook, Nur Aliah Mohd Nor baru-baru ini telah berkongsi tentang teknik powerful words di dalam doa yang patut kita gunakan setiap kali kita menadah tangan kepada Allah.

TEKNIK BERDOA DENGAN POWERFUL WORDS

Perkongsian ini telah mendapat hampir 1,600 shares ketika artikel ini ditulis. Baca di bawah:

Teknik 1: Berilah kekuatan vs lapangkan kesulitan

Sebelum ni kita selalu berdoa, 
“Ya Allah berikanlah aku kekuatan”.

Jika doa begini, maka Allah akan sentiasa menguji hambaNya untuk test kekuatan kita. 

Jadi doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah lapangkan kesulitan apa yang aku hadapi hari ini, Ya Allah keluarkanlah aku dari kesulitan ini, Ya Allah bantulah diriku ini.”

Teknik 2: Berilah vs kurniakanlah

Sebelum ni kita selalu berdoa, 
“Ya Allah BERILAH aku..”

Jadi cara doa yang kita boleh betulkan ialah,
“Ya Allah KURNIAKANLAH aku..”

Sebab bila kita sebut BERI, bila-bila masa Allah boleh ambil nikmat tersebut. Jika sebut KURNIA, maka Allah akan kurniakan sesuatu pada kita sampai bila-bila masa, InshaaAllah.

Teknik 3: Dimurahkan rezeki vs dilimpahkan rezeki

Sebelum ni kita selalu berdoa, 
“semoga DIMURAHKAN rezeki.” 

Jadi cara doa yang kita boleh amalkan ialah,
“semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat.”

Bila kita sebut “dilimpahkan”, maka benar Allah betul-betul limpahkan rezeki yang sangat banyak, berbanding dengan dimurahkan, sebab bila sebut murah, Allah berikan rezeki yang biasa dan mencukupi sahaja.

Teknik 4: Tambahkanlah

Satu lagi perkataan selain dilimpahkan, boleh juga guna perkataan TAMBAHKANLAH. Dan ini doa yang boleh kita amalkan bersama setiap kali dalam sujud terakhir kita.

“Ya Allah, TAMBAHKANLAH bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang baik, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar.”

Teknik 5: Cara mengaminkan doa

Sebelum ni kita selalu meng’amin’kan doa begini, 
“Amin Ya Rabbal Al-Amin.”

Jadi cara yang lebih baik untuk kita amalkan bersama-sama adalah,
“Amin Ya Allah Ya Mujib”.

Sebab maksud Mujib ni ialah memakbulkan. Kita bersungguh-sungguh nak Allah makbulkan doa kita ni, jadi sebut dengan penuh yakin Ya Mujib.

Teknik 6: Doa untuk orang lain

Sebelum ni kita selalu berdoa dengan cara kita ‘mengarahkan’ Allah untuk cepat-cepat keluarkan kita dari masalah-masalah yang kita hadapi.

Jadinya doa yang terbaik kita boleh amalkan sambil mendoakan juga untuk orang lain, adalah dengan cara ini,

“Allah.. Allahu Robbunaa.. Laa Nusyriku Bihii Syai’a”, 

(Allah adalah Rabb kami yang kami tidak pernah sekutukan dengan siapa pun)

Baca 100x, doa ketika beramai-ramai. 

“Allah.. Allahu Rabbi.. Laa Usriku Bihi Syai’a”,

(Allah adalah Rabbku yang aku tidak sekutukan dengan siapa pun)

Baca 100x, doa apabila seorang diri.

Kenapa kita baca doa atau zikir ini adalah sebab doa ini penyingkir kesulitan, kesusahan, kegelisahan, kekhuatiran dan keresahan. 

Sekali gus doa ini boleh menghilangkan beban hutang, beban hati, beban fikiran, serta sangat baik sekali buat bantu sahabat-sahabat kita dalam mencapai hajat-hajat mereka.

Teknik 7: Doa ketika bersedekah

berdoa

Sebelum ni kalau di masjid nak sedekah tu, mungkin ada yang sedekah dan berlalu pergi macam tu je tanpa berdoa, atau mungkin ada yang berdoa dan terlalu mengharapkan Allah bagi rezeki cepat-cepat kat kita. Allahu.

Jadi InshaaAllah selepas ini, betulkan niat kenapa kita nak sedekah dan berdoalah dengan bersungguh-sungguh kepada Allah,

“Ya Allah aku sedekahkan sejumlah ini kerana untuk digunakan demi mencari redhaMu. Semoga sedikit sumbangan ini dapat menghapuskan segala dosa-dosaku yang membuka segala pintu rezeki yang tidak pernah ku duga.”

Teknik 8: Doa orang yang terlalu sibuk berniaga

Doa di bawah ini adalah khusus untuk orang yang sibuk berniaga siang malam, solat pon kadang hujung waktu dan lebih sedih lagi sampai tak ada masa nak spend time bersama dengan keluarga tersayang. 

Faktor jadi macam ini mungkin antara sebabnya doa kita tak spesifik minta kepada Allah. Jadi, InshaaAllah doa di bawah ini dapat membantu anda yang berniaga.

“Ya Allah ilhamkanlah kami dengan perniagaan ini dapat membawa kami dekat denganMu, yang membuatkan kami banyak masa untuk beribadat denganMu, banyak masa bersama suami/isteri, anak-anak kami serta ahli keluarga kami. Ya Rabb, kurniakanlah kami jutawan Islam yang kembali menegakkan ekonomi Islam. Dan Engkau kurniakanlah kami hamba-hambaMu yang menyebarkan dakwah dalam berniaga.”

Teknik 9: Doa mendapatkan zuriat

Sebelum ni kita selalu berdoa, 
“Ya Allah kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah”.

Dan setiap kali tak dapat pasti kita akan rasa kecewa. Jadi doa yang boleh kita amalkan bersama adalah,

“Ya Allah sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan diriku dengan diriMu, maka makbulkanlah Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau melihatku, maka kurniakanlah anak yang soleh dan solehah. Kerana Engkau sebaik-baik perancang dan Engkaulah Tuhan Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu.”

Teknik 10: Zahirkan kesyukuran sebelum membuat permintaanberdoa

Paling penting sekali adalah tips yang terakhir ini, kita dah berdoa bersungguh-sungguh ni dan dah tukar cara berdoa kita. Namun kita terlupa, untuk bersyukur kepada Allah swt terlebih dahulu.

Sebab barangsiapa yang bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat buat dirinya. Waktu terbaik untuk kita ucapkan kesyukuran kita adalah setiap pagi bangun je dari tidur dan juga waktu malam sebelum tidur, buat terapi kesyukuran iaitu 7 rasa kesyukuran kita kepada Allah swt. Contohnya begini,

“Syukur Alhamdulillah terima kasih Ya Allah..
aku bersyukur masih lagi bernafas pada pagi ini, aku bersyukur Engkau kurniakanku kesihatan yang baik, aku bersyukur Engkau kurniakanku rezeki yang melimpah ruah buat diriku..”

Nampak, kan? Sepuluh teknik di atas ini, hanya dengan tukar sikit je ayat doa dan cara kita berdoa, kesannya sangat dahsyat.

Saya yakin dan percaya dengan izin Allah, selepas ini anda akan menjadi orang yang lebih tenang dan bahagia apabila anda sedang berdoa. Dan semoga kita menjadi seorang yang menjemput rezeki Allah.

Categories
Doa

Benteng Diri Dari Hasad Dengki, Ustaz Ajar Amal Surah Al Muawwizat

Perasaan kurang senang adalah benih sifat iri hati dan hasad dengki. Iri hati ialah sifat yang muncul akibat dari perasaan ego dan sombong sehingga tidak boleh menerima serta melihat orang lain melebihi dirinya. Lantas, rasa iri hati membuahkan pula sifat atau penyakit hasad dengki.

Hasad berasal dari bahasa Arab yang bererti dengki, yang mana sering digabungkan menjadi hasad dengki dalam bahasa harian kita. Hasad dengki membawa maksud perasaan inginkan agar nikmat, kelebihan, kebolehan atau keistimewaan yang ada pada orang lain terhapus. Tetapi dia akan merasa gembira jika dia termasuk dalam kumpulan yang memperolehi kelebihan serta keistimewaan berkenan.

Justeru, hasad dengki adalah sifat mazmumah yang paling kerap melanda diri manusia. Dalam menghuraikan persoalan sifat yang keji ini, Imam al-Ghazali menyenaraikan tiga ciri orang yang berdengki seperti berikut: hasad dengkiPertama, menginginkan agar kenikmatan atau kelebihan lenyap daripada orang lain dan mengharapkan agar kenikmatan itu berpindah kepadanya.

Kedua, menginginkan agar kelebihan yang dimiliki orang lain itu lenyap meskipun dia sendiri tidak dapat memilikinya disebabkan kekurangan pada dirinya sendiri. Yang penting baginya ialah orang itu jatuh dan hilang kelebihannya.

Ketiga, merasa sakit hati apabila orang lain melebihinya walaupun dia tidak berbuat sesuatu untuk menjatuhkannya.

Sehubungan itu, seseorang yang berpenyakit hasad dengki sentiasa gelisah atau tidak puas hati melihat apa yang dimiliki oleh orang yang didengkinya. Apabila perasaan itu tidak lagi dapat dikawal, maka si pendengki akan menyusun strategi agar hasrat buruk itu tercapai dengan apa cara sekalipun.

Dan situasi inilah yang menatijahkan gejala negatif seperti mereka-reka cerita, menfitnah, mengumpat, memaki dan sebagainya bertujuan memburuk-burukkan orang yang didengki. Malah, ada di kalangan yang dihidapi penyakit hasad itu sanggup bersekongkol dengan pihak musuh menggunakan segala cara yang ada termasuk media sosial hatta melanggani tukang-tukang sihir dan mengamalkan perbuatan keji lainnya semata-mata untuk menjatuhkan orang yang didengkinya.

Ikhtiar Rawat diri Dari Hasas Dengki Dengan Surah Al Muawwizat

Selepas hampir setahun tak mendapat kehidupan yang menyenangkan, wanita ini mula membaca amalan surah Al Muawwizat yang diajar oleh seorang ustaz. Amalan ini melindungi dirinya daripada perkara-perkara mistik yang menghantui dirinya.

Inilah perkongsian daripada Linda Sein yang boleh diguna pakai untuk semua. Sebabnya memang agak menyeromkan apabila hal-hal mistik sebegini jadi kat diri sendiri.

Dah hampir setahun otak rasa gelong. Online kejap jer terus rasa nak muntah, rasa nak pytam, menguap malah mengantuk macam baru lepas telan sebotoi obat batuk cap ibu bapak. Eh!

Pi berubat sana cakap lagu tu, pi berubat sini cakap lagu ni. Kesimpulannya, hasad dengki orang lain iri HATI.

Hmmm…
Start dari tu, siang malam kita ni ikut apa kata ustaz. Ikhtiar selagi mampu.

Dari malam bawak ke siang. Dari tenggelamnya matahari sampai timbulnya bulan. Tidoq tak cukup. Pejam mata dalam keadaan TAKUUUUT.

Aku main hantam baca memacam ayat, ada sampai tahap baca yassin 2 kali teruih. Ish ish penakot yarabbi aku ni. Yerlah walaupun laki aku pak haji yang kerjanya ulang alik Malaysia – Saudi, tapi aku ni bukan lah alim sangat. Ada sesetengah ayat aku taktau pon maksud sebenaqnya.

Ini Yang Dialami Setiap Malam

Tiap malam.
Jam 2:30pagi-3:30pagi.

Kejap-kejap bunyi guli jatuh depan pintu bilik tidoq, kejap-kejap bunyi tapak kaki anak kecik lari-lari kat dapoq. Kejap-kejap bunyik duit syiling berterabur kat bilik baju. Lantai sejenis Vinyl kayu pulak tu. Kompem la bunyi dia jadi sangat menyeramkan. Cisss! (Dok type ni pon meremang oi) Menduga keimanan aku betoi.

Sampai tahap mata aku yang cantik dan berseri tu dan berubah jadi lebam bak mata si kungfu panda. Geng-geng urat stress pon pakat sepakat membawa berkat mai dok timboi kat kening seropa apa dah aku ni. Aiyo.

Ok.

Maka. Aku pon terus ikhtiar. Dari selatan ke utagha. Dari kolumpoq ke perak, dari perak ke penang. Dari penang ke kedah. Masuk habis Cerok Nun padia aku pon tak besa sampai kampung tu aih.

Ustaz Ajarkan Cara Bina Benteng Pertahanan diri

Alhamdulillah. Aku jumpa seorang Ustaz. Mengadu dom ba. Ustaz tu ajaqkan beberapa amalan. Maka.. Berbuih la mulut aku dok amalkan al-muawwizat salah satu amalan BENTENG PETAHANAN diri dari hasad dengki yang Ustaz ajaq.

Cara
  1. Surah Al-Ikhlas
  2. Surah Al-Falaq
  3. Surah An-Naas
  • Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
  • Mengangkat dua tangan seperti berdoa
  • Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
  • Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
  • Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil hampa menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
  • Amalkan sekali sebelum tidoq & selepas solat subuh setiap hari.

Alhamdulillah. Berhasil untuk aku. Walaupun syaitan dan jin tak putus asa dok mai jugak kacau aku dan anak-anak, makanya aku pon nekad tak mau dah dok jadi lemah dan tetap tak putus asa untuk ikhtiar lagi dan lagi. Yes. Sebab Allah lebih berkuasa. Aku yakin dengan Allah.

Selain tu,ada beberapa lagi gangguan aku dapat. Dan banyak amalan yang Ustaz ajaq aku. InsyaAllah nanti sambung cerita lagi.

Categories
Doa

Ayat Penunduk Untuk Anak-Anak Yang Nakal, Degil Dan Suka Melawan Cakap Ibu Bapa

Ramai ibu bapa mahukan ayat penunduk supaya anak-anak mereka yang degil boleh menjadi anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan dengan ayat penunduk. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5),  Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Kaedah Kedua:

Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan memberi minum mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa. Caranya seperti berikut;

1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa minuman atau air mineraluntuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku,  menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Beri minum air tersebut kepada Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.

Tonton Video Ini : Syamsul Debat – Tips Lembutkan Hati Anak Yang Degil

Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah dan minta ayat penunduk untuk anak, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;

ayat penundukTerjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.

Doa-doa ayat penunduk untuk anak degil yang disarankan oleh Islam:

Ayat Penunduk supaya dilembutkan hati dari Surah As-Syura Ayat 19

Dalam Asmaul Husna ada menyebut “Ya Latiff” yang bermaksud Maha Lembut.

Dengan kelembutanNya, adalah sangat mustajab untuk memohon kepada Allah SWT supaya melembutkan hati anak kita yang bersikap degil dan keras kepala.

Maksud:Allah Maha Lembut tadbirNya serta melimpah ruahkan kebaikan dan belas kasihaNya kepada hamba-hambaNya.

Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan) Dialah jua Yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

Doa Ayat Penunduk Untuk Anak Yang Degil.

Setelah membuat kajian, saya dapati banyak carian berkaitan doa untuk anak. Untuk post kali ini, saya siarkan doa untuk diamalkan oleh ibubapa bagi mengatasi masalah anak yang degil.

Sebelum memulakan rawatan ayat penunduk untuk anak ini, saya nasihatkan ibubapa supaya mengenalpasti dulu punca masalah tersebut. Cari sebab kenapa anak-anak kita menjadi degil, nakal atau tidak mahu mendengar nasihat.

Cuba lihat pada nama anak itu. Cari maksud nama tersebut. Adakah ia bersesuaian dengan karektor anak.

Kemudian fikirkan sejenak cara kita mendidik dan melayan anak. Adakah sangat ketat, sangat garang, sangat manja atau terbiar sahaja. Kesemua ini memberi kesan terhadap perangai anak.

Cubalah selami jiwa dan kemahuan anak-anak. Barangkali ada pertentangan antara cara kita dan kehendak anak-anak. Mungkin juga disebabkan oleh “jurang generasi”.

Fikirkan juga punca rezeki yang kita perolehi. Dari sumber mana dan adakah ia halal, syubhah atau haram. Kesemua ini ada kesan kepada jiwa anak-anak.

Seterusnya , bagaimana pula dengan didikan agama mereka ? Berapa kali kita berjemaah bersama keluarga. berapa kali kita membaca Quran bersama-sama.

Sebagai ibubapa, kita perlu ambil tahu siapakah teman-teman anak kita dan apakah aktiviti mereka dan kemana mereka selalu pergi.

Sekiranya ada kekurangan berkaitan cara kita, silalah perbaiki diri. Berubahlah supaya kita menjadi idola anak-anak. Rapatkan hubungan dengan ank-anak. Kemudian amalkanlah doa untuk anak yang degil ini.

Untuk memulakan rawatan untuk anak yang degil, mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah, Ayatul Qursi Selawat Syifa sebanyak tujuh kali.kemudian usaplah ubun-ubun anak itu dengan penuh kasih sayang. Pasang niat di dalam hati. Bacalah doa rawatan anak yang degil sebanyak tujuh kali. Tiuplah di ubun-ubun anak itu setiap kali selesai membaca doa dibawah.

Categories
Doa

Tanpa Kita Sedar Orang Membenci Kita Dalam Diam. Amalkan Doa Menghadapi Kebencian Ni

Dalam kehidupan, tentu saja, tidak mustahil semua orang akan suka dan mengasihi kita. Setiap orang akan suka dan ada orang membenci kita. Ini adalah kes yang biasa kerana manusia mesti mempunyai kelemahan dan juga mempunyai kesilapan. Perwujudan itu, menjadi dorongan kita sebagai manusia untuk selalu meminta maaf, memaafkan satu sama lain dan bertolak dengan rahmat semua orang.

Sebagai manusia dengan Tujuan Penciptaan Manusia, Proses Penciptaan Manusia, Alam Penciptaan Manusia:

Konsep Manusia dalam Islam, dan Manusia Menurut Islam menurut fungsi agama, tentunya kita akan mempunyai kesilapan dan kelemahan di mata orang lain. Sudah tentu ini kita mesti sedar.

Dalam Islam, apabila orang membenci kita akan lebih baik jika kita memberikan yang terbaik kepada mereka. Pada masa yang sama, lebih baik jika kita berdoa untuk mereka walaupun mereka tidak tahu atau memahami apa yang kita lakukan.

Di dalam Al-Quran ada beberapa doa yang dapat kita baca untuk menjadi penguat rohani dan kehidupan kita apabila ada orang membenci dalam diam. Berikut adalah doa di dalam Al-Qur’an yang boleh dilakukan terhadap orang membenci kita atau membuat kesalahan kepada kita, terutama mereka yang berasal dari kuffaar atau tidak mahu kemajuan dan perkembangan Islam.

Doa-doa ini dapat menjadikan kita lebih tenang, aman, dan jauh dari semua bentuk dendam. Kami berpaling kepada Allah dan meminta kepada Allah supaya adil.

Manusia yang mahu membalas dendam tidak semestinya adil dan tidak sesuai dengan apa yang mereka inginkan. Untuk itu, hanya berdoa

Tuhan untuk Allah membimbing kita. Inshallah, apa jawapan Allah dan memberikan keadilannya. Sekiranya tidak dijawab di dunia, tentu saja di akhirat akan lebih adil.

BACA JUGA: Ketahui Jenis Dosa Dan Jalan Menuju Taubat

“Tuhanku, ampunkan dosa-dosa kita dan perbuatan kita yang berlebihan dalam urusan kita dan jadikanlah pendirian kita, dan bantulah kita menentang orang-orang yang tidak percaya”(QS: Ali Imran: 147)

“Tuhan, janganlah kita menjadikan sasaran fitnah bagi orang-orang yang tertindas, dan selamatkan kami dengan kelimpahan rahmat-Mu dari tipu daya orang-orang kafir.”(Surah Yunus: 85-86)

Kepada Allah, kami telah menganiaya diri sendiri, dan jika Engkau tidak memaafkan kami dan memberi kami rahmat, kami akan menjadi orang yang rugi. “(QS: Al A’raf: 23).

“Ya Tuhan, buatlah keputusan antara kami dan rakyat kami dengan haq (adil). Anda adalah pembuat keputusan terbaik. “(Surah Al A’raf: 89).

Tuhanku, ampunilah dosa-dosa kami dan dosalah saudara-saudara kita yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan jangan biarkan kami iri hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Penyayang, lagi Maha Mengasihani. “(QS: Al Hasyr: 10)

“Ya Tuhanku, berilah hikmah kepadaku dan kumpulkanlah aku dengan orang-orang yang soleh, dan berilah aku ucapan yang baik bagi orang-orang yang datang kemudian. Dan buatlah aku di antara orang-orang yang mewarisi langit syurga. “(QS: As-Syu’ara: 83-85)

“Ya Tuhanku, ampunilah dosa-dosaku dan dosa-dosa nenek moyangku, dan dosa orang-orang yang memasuki rumahku dengan membawa iman, dan orang-orang yang beriman dan wanita. Dan janganlah menambah orang-orang yang zalim selain daripada musnah. “(Surah: Nuh: 28).

Doa-doa ini adalah doa-doa yang ada di dalam Al-Qur’an dan kita dapat membaca apabila mengalami segala macam kejahatan, kebencian, atau tingkah laku tidak adil dari orang lain.

Sudah tentu bagi kita seorang Muslim untuk menjadi seorang Muslim yang baik adalah suatu keharusan. Sekiranya ada yang membenci kita, jangan biarkan kita menjadi seperti mereka benci dan benci.

Berdoalah bagi mereka yang membenci kita dengan doa yang dapat menyelamatkan di Dunia Menurut Islam, untuk mencapai Kejayaan Menurut Islam, Dunia yang Berhasil Mengikut Islam, Jalan Sukses Menurut Islam kerana kemudian doa itu akan kembali kepada diri kita sendiri.

Terdapat banyak kebijaksanaan daripada kita membalas kebencian atau kezaliman orang lain dengan doa dan kebaikan kita. Tidak semestinya sama seperti kita merendahkan diri atau memalukan diri kita sendiri. Berikut adalah pelajaran yang boleh diperolehi daripadanya.

BACA JUGA: Pertolongan Allah Akan Kalian Terima Selagi Kalian Membantu Orang Lain

Jantung Menjadi Lebih Tenang
Dengan membalas kebaikan dan berdoa untuk kebaikan mereka yang membenci kita, hati kita menjadi tenang. Hati kita tidak akan bermasalah kerana apa yang kita belanjakan adalah baik daripada membalas kejahatan.

Keburukan orang lain tidak menjadi masalah dan tidak akan mencemarkan hati kita jika kita lebih ikhlas.
Kekecewaan hati dapat terjadi apabila kita membalas kebencian orang lain dengan rasa benci lagi. Oleh itu, jangan biarkan hati kita terancam hanya kerana emosi kita dan mahu membalasnya dengan perkara yang sama.

Tidak sama dengan orang-orang yang membenci
kita bersama kita tidak membalas kebencian dengan kebencian maka kita tidak akan sama dengan mereka yang membenci kita. Kita akan mendapat kebaikan dan pahala yang lebih baik dari Tuhan. Jika kita membenci tingkah laku, maka kita tidak seharusnya menjadi orang yang juga merendahkan diri. Jangan biarkan kami melakukan perkara yang sama dan kami menjadi orang yang juga dibenci oleh orang lain kerana tingkah laku.

Ganjaran Hebat
Ganjaran yang hebat akan kami terima jika kami berbuat baik kepada orang yang memohon kepada kami. Ganjaran yang besar hanya akan diperolehi oleh mereka yang membayar balik keburukan dengan kebaikan tidak sebaliknya. Untuk itu, buatlah diri kita orang yang pahala yang besar untuk selalu berdoa dan meringankan beban orang lain.

Menjadi Orang-Orang Yang Bijakasana
Membalas doa dan kebaikan pada orang yang membenci kita juga dapat menjadikan diri kita sebagai orang yang Bijakasana dan jauh dari perilaku yang buruk. Orang-orang yang membalas keburukan dengan kebaikan akan bernilai berbeza.

Sebab itu kebijaksanaan hanya akan datang kepada mereka yang benar-benar berfikir dengan jelas dan jauh dari kebencian. Semoga kita boleh menjadi orang yang Bijakasana dan selalu bersikap sesuai dengan apa yang Allah perintahkan, dalam rukun islam, rukun iman, Fungsi Iman Kepada Kitab Allah, Fungsi Iman Kepada Allah SWT, dan Fungsi Al-Quran Bagi Umat Manusia bukan berdasarkan kepada hawa nafsu, emosi, atau dendam dalam diri kita.

Tonton Video Ini : Ustaz Yaakob Yusra – Penyakit Benci Membenci & Hasut Menghasut

Categories
Doa

Doa Agar Orang Yang Kita Cinta Mencintai Kita Kembali

Dalam perjalanan hidup di masa muda, sering kali di dalam hati kita tumbuh benih-benih cinta. Benih-benih cinta yang tersebar di dalam hati boleh terjadi pada siapa saja.

Tak memandang adakah dia lelaki atau perempuan. Yang jelas, sebaiknya benih-benih cinta tersebut tidak tumbuh dan mengalahkan tingginya cinta kita kepada Allah. Kerana atas dasar inilah cinta kita kepada seseorang boleh kekal dan membawa kebaikan.

Namun, ada kalanya ketika kita cinta pada seseorang, perasaan yang kita pendam ternyata bertepuk sebelah tangan. Orang yang kita cintai nyatanya tidak mencintai kita kembali dan justeru memilih teman kita sendiri atau orang lain. Sakit memang sakit, tapi apalah daya. Jika semua usaha untuk membuatnya jatuh hati kepada kita telah dilakukan, kini saatnya anda memohon kepada Allah dengan doa agar orang yang kita cintai mencintai kita kembali.

Jika anda belum tahu bagaimana lafal doa agar orang yang kita cintai mencintai kita kembali, maka anda saat ini berada di blog yang tepat. Kerana berikut ini kami akan berkongsi doa tersebut lengkap kepada Anda. Dan berikut ini lafal doanya.

cinta

Latinnya : Allahumma Inni As Aluka, Bi Haibati Adhamatika, Wabi Sathwati Jalaalika An Taj’ala Mahabbatii Fii Qalbii … (Sebutkan orang yang dimaksudkan), Wa Alqil Mahabbata Wal Mawad Data Fii Qalbihi Wa Aththifhu, Alayya Bi Fadhlika Yaa Kariim,

Ertinya : Ya Allah,sesungguhnya aku meminta kepada-Mu, berkah wibawa keagungan-Mu, dan amukan keluhuran-Mu, agar Kau jadikan kecintaan di dalam hati … (Sebutkan orang yang dimaksudkan). Dan resapkanlah kecintaan dan kasih sayang terhadapku di dalam hatinya. Dan cenderungkan ia padaku lewat anugerah-Mu.Wahai Dzat yg Maha Mulia.

Doa diatas sebaiknya dibaca setelah anda menunaikan sholat hajat di sepertiga malam terakhir. Sepertiga malam adalah waktu mustajabnya doa yang boleh membuat doa semakin cepat dikabulkan. Doa ini cukup mustajab sehingga jangan anda menggunakannya untuk hal-hal atau niat yang buruk. Gunakan doa tersebut untuk tujuan yang baik, misalnya untuk mendapatkan seorang wanita sholehah yang ingin anda jadikan istri.

Jika doa pertama adalah doa agar orang yang kita cintai mencintai kita, doa berikut ini justeru merupakan doa bagi anda yang memiliki bekas kekasih dan ingin dia kembali kepada anda. Sama seperti doa sebelumnya, doa ini juga sebaiknya tidak digunakan untuk tujuan yang buruk. Jadikanlah orang yang anda cintai, setelah dia kembali nanti menjadi teman anda sehidup semati.

Berikut ini lafal doa agar orang yang kita cintai mencintai kita kembali.

Latinnya : Allahumma inni as-aluka hubbaka, wa hubba man yu-hibbuka, wa hubba kulli ‘amalin yushi-luni ila qurbika, wa an taj ’alaka ahab-ba ilayya mima siwaka, wa an taj’ala hubbi iyyaka qaidan ila ridhwânika, wa syawqi ilayka dzaidzan ‘an ‘ishyânika, wamnun binna-zhari ilayka ‘alayya, wanzhur bi’aynil, wuddi wal ‘athfi ilayya, walaa tashrif ‘annii wajhaka, waj’al-nii min ahlil is’aadi wal khuzhwati ‘indaka yaa Mujiibu yaa Arhamar raa-himiin.

Ertinya : Ya Allah, hamba memohon cinta-Mu, cinta seorang yang mencintai-Mu, dan cinta amal yang membawaku ke samping-Mu. Jadikan Engkau lebih aku cintai dari pada selain-Engkau. Jadikan cintaku pada-Mu dapat membimbingku pada ridho-Mu. Jadikanlah kerinduanku pada-Mu sehingga mencegahku dari maksiat. Anugrahkanlah padaku pandangan-Mu.Tataplah diriku dengan pandangan kasih sayang. Jangan palingkan wajah-Mu dariku. Jadikanlah aku di antara para penerima anugerah dan karunia-Mu. Wahai Dzat yang Maha Pemberi Ijabah. Ya Arhamar rahimin.

BACA JUGA: Kenapa Sudah Menikah Namun Belum Juga Kaya? Ini Penjelasannya

Doa di atas juga sebaiknya diamalkan setelah anda menunaikan ibadah sunnah sholat hajat. Namun, perlu diingat, ketika anda melaksanakan sholat hajat, jangan tertinggal pula ibadah-ibadah wajib anda. Usahakan selalu perbaiki kualiti keimanan anda sehingga Allah mahu mendengar dan mengkabulkan doa yang kita munajatkan.

Demikianlah 2 doa yang dapat kami sampaikan. Doa pertama adalah doa agar orang yang kita cintai mencintai kita atay doa agar dicintai orang yang kita cintai, sementara doa kedua adalah doa agar orang yang kita cintai kembali lagi menjadi miliki kita. Semoga dapat diamalkan sesuai petunjuk dan doa anda dapat dikabulkan. Amiin.