Home All Isu Semasa Ziarah Hari Raya Tidak Dibenarkan Walau Dalam Negeri Yang Sama

Ziarah Hari Raya Tidak Dibenarkan Walau Dalam Negeri Yang Sama

3769
2
Ziarah Hari Raya Tidak Dibenarkan Walau Dalam Negeri Yang Sama

Ziarah Hari Raya Tidak Dibenarkan Walau Dalam Negeri Yang Sama | Sejak mula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dijalankan, dapat dilihat segelintir rakyat Malaysia yang sudah mulai selesa serta membuat persiapan sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Hal ini berikutan kes COVID-19 yang dilihat semakin berkurang di beberapa buah negeri.

Menerusi kenyataan terbaru Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, rakyat Malaysia walau bagaimanapun tidak dibenarkan untuk menziarah satu sama lain seperti kebiasaan pada Hari Raya ini.

Baca: Atas Dapur Gas Pun Boleh Bakar Biskut Raya, Tiada Oven Tak Jadi Masalah!

hari raya

Pengumuman yang dibuat ini juga tertakluk kepada menziarah dalam negeri yang sama.

Dalam pada itu, pergerakan tanpa had waktu telah dibenarkan manakala individu yang ingin menjalankan aktiviti sukan yang tidak melibatkan jarak yang dekat turut dibolehkan.

Meskipun PKPB ini berlangsung pada 12 Mei, pihak kerajaan berkemungkinan bakal melanjutkan tempoh PKPB sehingga selepas Raya Aidilfitri dalam usaha untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Sama-sama kita nantikan ulasan lanjut daripada pihak menteri mengenai garis panduan menyambut Raya Aidilfitri pada tahun ini.

BACA: JAKIM Nafi Keluarkan Garis Panduan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Dalam Tempoh PKP

Baca Selanjutnya
Ziarah Hari Raya Tidak Dibenarkan Walau Dalam Negeri Yang Sama 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here