Home All Isu Semasa Yusof Haslam Tanggung Semua Kos Rawatan Sarjan Misai,Bukti Persahabatan Tiga Dekad

Yusof Haslam Tanggung Semua Kos Rawatan Sarjan Misai,Bukti Persahabatan Tiga Dekad

113675
0
Yusof Haslam

Yusof Haslam Tanggung Semua Kos Rawatan Sarjan Misai,Bukti Persahabatan Tiga Dekad | Siapa yang tidak mengetahui drama kepolisan, Gerak Khas terbitan Skop Production yang telah memasuki siri ke-19 sejak ditayangkan pada 1999, yang disiarkan di TV 2 sentiasa mendapat tempat di hati para penonton setianya.

Pada yang mengikuti drama tersebut, pasti sudah mengenali dengan watak Sarjan Hisham atau lebih dikenali dengan gelaran Sarjan Misai yang dilakon oleh pelakon A Galak.

Baru-baru ini, satu berita sedih dimaklumkan mengenai A Galak apabila beliau dikhabarkan telah dikejar ke hospital kerana di serang sakit angin ahmar.

Yusof Haslam tanggung kos perubatan

Penerbit Skop Production, Datuk Yusof Haslam, setelah mengetahui berita mengenai pelakon veteran tersebut, penerbit itu memaklumkan bahawa pihaknya mahu membiayai kesemua kos perubatan A Galak.

Bersahabat baik dah seperti keluarga

Yusof Haslam

Menurut Datok Yusof Haslam, pelakon itu sudah dianggap seperti ahli keluarganya sendiri setelah hampir tiga dekat mereka menjadi sahabat dan sama-sama menjayankan drama bersiri Gerak Khas.

Dah ada perkembangan positif

Maklumat terbaru, difahamkan kini pelakon A Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad kini sudah menunjukkan tindak balas positif, namun menurut doktor memerlukan masa yang lama untuk kembali pulih sepenuhnya.

Semoga Sarjan Misai kembali sihat seperti sediakala, pasti masih ada peminat Gerak Khas yang merindukan penampilan tegas beliau dalam rancangan popular itu.

Baca Selanjutnya

Yusof Haslam Tanggung Semua Kos Rawatan Sarjan Misai,Bukti Persahabatan Tiga Dekad 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here