Home All Isu Semasa Cubaan YouTuber Kantoikan Bakal Tunang Rakan Dengan ‘Gold Digger Test’ Mendapat Pujian...

Cubaan YouTuber Kantoikan Bakal Tunang Rakan Dengan ‘Gold Digger Test’ Mendapat Pujian Netizen

4054
2
youtuber

Bagi yang selalu mengikuti video-video YouTuber dari luar negara pastinya sinonim dengan video ‘Social Experiment’ yang selalu dilakukan. Di Malaysia, kandungan seperti ini mungkin tidak selalu dibuat berbanding YouTuber dari luar negara.

Tapi ada satu video ‘Social Experiment’ yang dimuatnaik oleh YouTuber Malaysia iaitu Bros Gang TV mendapat perhatian ramai netizen. Video bertajuk Experiment Gold Digger Test: Setia Atau Curang? ini mendapat lebih 266,712 tontonan sejak empat hari dimuatnaik.

Fasa pertama

YouTuber

Untuk pengetahuan anda, eksperimen ini dilakukan untuk menguji teman wanita yang juga bakal tunang rakan mereka sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Matlamat utama eksperimen ini adalah untuk tahu sama ada gadis bernama Bella ini adalah mata duitan ataupun tidak.

Pada fasa pertama, seorang lelaki tak dikenali menegur Bella yang berada seorang diri di taman. Lelaki yang merupakan pelakon upahan itu kemudian meminta nombor telefonnya sebelum Bella memberinya. Yang mana, dia dianggap telah gagal pada fasa pertama kerana tidak setia.

YouTuber

Selepas kedua-dua mereka pulang, mereka meneruskan ke fasa seterusnya untuk menguji kesetiaan gadis itu. Pelakon upahan itu kemudian menelefon Bella untuk mengajaknya keluar bersama. Mereka bersetuju untuk berjumpa pada malam itu dan Bella membatalkan rancangannya yang lain pada malam itu.

YouTuber

Fasa kedua

Pelakon upahan dan Bella keluar bersama pada malam tersebut dan mereka berada di McDonald’s untuk menjamu selera. Semasa di dalam kereta, kamera dan mikrofon telah disembunyikan untuk merakam perbualan mereka. Semasa berbual, gadis itu bersetuju untuk mengikut pelakon upahan itu pulang ke rumahnya.

Teman lelaki yang menyorok bersama krew produksi yang lain bergegas ke kereta untuk berjumpa dengan teman wanitanya yang telah gagal dalam eksperimen khas ini. Dia yang kecewa dengan sikap teman wanitanya itu telah menghalaunya selepas kantoi curang dengan lelaki lain.

Cubaan YouTuber Kantoikan Bakal Tunang Rakan Dengan ‘Gold Digger Test’ Mendapat Pujian Netizen 1

Video yang kini viral selepas dikongsikan oleh YouTuber di media sosial itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata memuji eksperimen yang dilakukan ini memandangkan sekarang ini terlalu banyak kisah curang pada pasangan yang berlaku.

Anda boleh tonton video penuh eksperiment Youtuber di bawah:

Cubaan YouTuber Kantoikan Bakal Tunang Rakan Dengan ‘Gold Digger Test’ Mendapat Pujian Netizen 2

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here