Home All Isu Semasa (Video) YDP Agong Mencemar Duli, Tinjau Pelaksanaan PKP Waktu Malam

(Video) YDP Agong Mencemar Duli, Tinjau Pelaksanaan PKP Waktu Malam

1902
0
(Video) YDP Agong Mencemar Duli, Tinjau Pelaksanaan PKP Waktu Malam

(Video) YDP Agong Mencemar Duli, Tinjau Pelaksanaan PKP Waktu Malam | Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mencemar duli meninjau sendiri keadaan lalu lintas pada sebelah malam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa tiga di sekitar Kuala Lumpur.

Istana Negara, menerusi laman Instagram, memaklumkan YDP Agong Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa berpuas hati apabila rakyat memberi kerjasama yang baik mematuhi PKP fasa tiga yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Turut dimuat naik bersama hantaran itu, video berdurasi 18 saat, yang memaparkan YDP Agong menunjukkan isyarat bagus sebagai tanda puas hati dengan sikap pematuhan yang ditunjukkan oleh rakyat.

YDP Agong

Selain itu, Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan sokongan atas usaha kerajaan meneruskan PKP fasa tiga ini dan berharap rakyat dapat terus memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan diri dan terus berada di rumah.

Al-Sultan Abdullah turut berdoa semoga penularan wabak ini berjaya ditangani dan diakhiri dengan segera.

BACA: Agong Dan Permaisuri Tolak Emolumen Diraja Selama 6 Bulan Untuk Bantu Rakyat

Sebelum ini, Seri Paduka Baginda pernah mencemar duli meninjau keadaan di ibu kota pada hari ketiga pelaksanaan PKP fasa satu dengan memandu sendiri kenderaan selain turut berkenan meninjau beberapa lokasi tugasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat sekatan jalan raya.

YDP Agong Membuat Tinjauan Pelaksaan PKP Di Waktu Malam

Sumber: Bernama

Baca Selanjutnya

(Video) YDP Agong Mencemar Duli, Tinjau Pelaksanaan PKP Waktu Malam 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here