Home All Isu Semasa Terima Kasih Kepada Wira-Wira Penghantar Makanan & Minuman

Terima Kasih Kepada Wira-Wira Penghantar Makanan & Minuman

1518
3
penghantar makanan

Terima Kasih Kepada Wira-Wira Penghantar Makanan & Minuman | MUNGKIN sukar untuk insan yang seringkali menikmati hidangan enak siang dan malam tanpa perlu risau tentang catuan makanan untuk keluarga pada hari-hari mendatang memikirkan realiti dan nasib mereka yang berhempas pulas berjuang mencari rezeki di jalan raya.

Kita mungkin terlepas pandang. Sedang kita menikmati waktu santai bersama keluarga di rumah dikala Perintah Kawalan Pergerakan diaktifkan, ada ramai di luar sana yang sanggup meninggalkan isteri dan anak-anak demi sebuah pengorbanan untuk mencari sesuap nasi sebagai penghantar makanan untuk keluarga yang dicintai.

penghantar makanan

Terima Kasih Kepada Penghantar Makanan Dan Minuman

Abang-abang Grab Food, Foodpanda dan lain-lain, mereka inilah yang menjadikan arahan “duduk di rumah diam-diam” lebih bermakna dengan perkhidmatan penghantaran makanan dan minuman oleh mereka.

Tanpa mereka, kita tidak mungkin boleh menikmati makanan kegemaran kita yang selalu kita nikmati sebelum wujudnya Perintah Kawalan Pergerakan.

Sebagai pencinta kopi hitam atau ‘Long Black Coffee’, Grab Food merupakan pilihan utama saya untuk membuat tempahan dan selaku wira yang perlu disanjung, “abang rider” Grab Food lah yang menyatukan saya kembali dengan secawan kopi hitam dari kedai-kedai kopi yang selalu menjadi singgahan saya setiap hari sebelum  adanya perintah duduk diam-diam di rumah ini.

Tanpa mereka, abang-abang penghantar makanan dan minuman seperti Grab Food, Foodpanda dan lain-lain, amatlah sukar untuk kita menjamah makanan dan minuman yang seringkali menjadi makanan pilihan kita, khususnya bagi mereka yang tidak memasak dan kurang mahir memasak.

Apalah sangat sekiranya kita dapat memberi sedikit saguhati seperti air kotak atau tip sekitar RM5 hingga RM10 beserta senyuman manis yang disulam dengan ucapan “terima kasih ye abang rider” sebagai tanda penghargaan kita kepada kesungguhan, kesetiaan dan kesanggupan mereka mencari rezeki dikala yang lain menonton Netflix dan HBO di rumah sambil menanti detik untuk gaji bulanan dimasukkan ke dalam akaun bank.

Usah dilupa mereka yang berjuang dalam pengembaraan memenangi duniawi demi mengejar Rahmatan Lil Alamin untuk kesejahteraan di akhirat.

Bersyukurlah kepada Maha Pemberi Rezeki untuk setiap nafas dan rezeki, dan berterima kasihlah kita kepada mereka penghantar makanan yang menjadikan rezeki-rezeki yang kita pohon disampaikan ke tangan kita.

Sumber: Amerul Azry Abdul Aziz 

Terima Kasih Kepada Wira-Wira Penghantar Makanan & Minuman 1

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here