Welcome Back Legend Nazrey Raihan, Tapi Janganlah Bandingkan Dengan Alif Satar

0
221
raihan

Berita baik buat peminat kumpulan Raihan, vokalis asalnya Nazrey Johari kini kembali menyanyi dengan lagu popular mereka, ‘Iman Mutiara’.

Biarpun tampil solo, Nazrey tetap membawa aura Raihan dalam nyanyiannya. Walaupun susunan muzik agak berbeza, namun ia tidak mengurangkan kehebatan lagu ini.

Rata-rata warganet bersetuju dengan kembalinya lagenda ini dalam industri hiburan. Masing-masing mengimbau kenangan di zaman 90an yang penuh memori.Welcome Back Legend Nazrey Raihan, Tapi Janganlah Bandingkan Dengan Alif Satar 1

Tidak Perlu Bandingkan Suara Ustaz Nazrey Dengan Alif Satar

Bagaimanapun ada pula yang membandingkan  suara Ustaz Nazrey dengan Alif Satar lalu meminta Nazrey mendendangkan kembali lagu ‘Sesungguhnya’.

Rasanya tidak perlu banding-membandingkan antara kedua-duanya kerana Nazrey dan Alif adalah dalam generasi berbeza.

Sementelah masing-masing mempunyai kekuatan suara tersendiri. Jadi, kita ‘chill’ dan terhibur dengan semua genre lagu okey.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here