Home All Isu Semasa Wasiat Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus, Jangan Tinggal 4 Perkara

[Video] Wasiat Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus, Jangan Tinggal 4 Perkara

2852
1
[Video] Wasiat Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus, Jangan Tinggal 4 Perkara
Wasiat alMarhum Us Dato Ismail Kamus Rahimahullah untuk kita amalkan – Jangan tinggalkan 4 perkara ini. Tuan Guru Dato’ Haji Ismail Bin Kamus dilahirkan pada 2 Disember 1948 di Kampung Batang Rening, Rasa, Ulu Selangor.

Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan kemudian menyambung pengajian di Sekolah Arab Batang Kali selama 6 tahun.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Maahad Hisyamuddin, Klang di samping menuntut ilmu daripada Syeikh Mahmud Arif al-Bukhari.

BACA: Ustazah Shadiya Abbas, Sebuah Kematian Yang Tertangguh.

Ismail Kamus

Selepas itu, Tuan Guru Haji Ismail Kamus melanjutkan pelajaran ke Kolej Islam Klang pada tahun 1966 hingga 1972 sebelum menjejakkan kaki ke UKM sehingga lulus Ijazah Sarjana Muda Syariah pada tahun 1976.

Pada tahun 2016, beliau berkesempatan mendalami ilmu hadis dengan mengikuti pengajian berkitab 8 Hadith (Sunah Sittah) oleh Tuan Guru Baba Haji Karim.

Setelah selesai menuntut ilmu, beliau menjadi guru agama di sekolah rendah dan menengah, pengawai penyelidik dan juga pegawai dakwah. Selain bertugas selama 15 tahun di pelbagai jabatan termasuk Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus juga pernah mengajar bahasa Arab di INTAN selama 6 tahun sebelum memilih untuk bersara.

Di samping itu, beliau turut menjadi pakar rujuk di BAHEIS, Pusat Islam, Kuala Lumpur. Tuan Guru Dato’ Haji Ismail Kamus kemudiannya menjadi pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di seluruh negara di samping beberapa buah negara lain seperti United Kingdom, Brunei, Amerika Syarikat dan Singapura.

Wasiat alMarhum Us Dato Ismail b. Kamus RahimahullahJangan tinggalkan 4 perkara ini

Posted by PU Syed on Thursday, May 7, 2020

Beliau turut mengasaskan Perubatan Islam Darus Salam dan berguru dengan Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din. Diantara buku karangan beliau ialah :

1. Wahai Tuhan, Engkaulah Penyembuh
2. Indahnya Hidup Bersyariat
3. Indahnya Amalan Doa
4. Jin – Hakikat dan Pengubatan

Atas jasanya, kerajaan Selangor telah menganugerahkan beliau sebagai Tokoh Maal Hijrah Negeri Selangor pada 1433 Hijrah. Tuan Guru Dato’ Haji Ismail Kamus meninggal dunia pada 15 Ramadhan 1441H bersamaan 8 Mei 2020 pada pukul 12.30 malam ketika berusia 72 tahun di kediamannya di Ampang.

Moga Allah Taala merahmati roh auliaNya. Amin

Kredit ; PU Syed & Tengku Yusuff

Baca Selanjutnya

[Video] Wasiat Tuan Guru Dato’ Ismail Kamus, Jangan Tinggal 4 Perkara 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here