Home All Isu Semasa Warganet Puji Lelaki Ini Pulangkan Duit BPN Yang Tersalah Masuk, “Ini Bukan...

Warganet Puji Lelaki Ini Pulangkan Duit BPN Yang Tersalah Masuk, “Ini Bukan Hak Saya”

4574
0

Bermula minggu ini, kerajaan telah mula menkreditkan wang Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kepada golongan B40 yang layak.

BPN merupakan salah satu inisiatif kerajaan untuk membantu golongan B40 dan M40 yang rata-rata terkesan dengan penularan wabak COVID-19. Bantuan dalam bentuk tunai tersebut mampu membantu ramai rakyat menampung perbelanjaan dalam mengharungi waktu yang cukup mencabar.

Menerusi Pakek Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada golongan yang tercicir untuk mendapat bantuan daripada kerajaan.

Warganet Puji Lelaki Ini Pulangkan Duit BPN Yang Tersalah Masuk, "Ini Bukan Hak Saya"

Tapi apa yang berlaku kepada seorang lelaki ini cukup menarik sekali. Jejaka bernama Rinizan Razali telah berkongsi menerusi satu hantaran di Facebook kendaliannya tentang proses bagaimana dia memulangkan semula wang BPN yang ‘tersilap masuk’.

Jelasnya, wang BPN yang dikreditkan ke dalam akaunnya dipulangkan semula kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana terdapat kesilapan pada data yang sedang dikemas kini olehnya.

“Sistem online ni,hebat mana pun akan ada mistake. So bagi bantuan BPN ni,disebabkan saya tengah buat pembetulan penyata tahun 2018, maka sistem anggap saya golongan layak.”

Tambahnya lagi dia harus memulangkan wang itu kerana ada yang lebih berhak. Bukan tidak boleh diamkan diri tetapi tambahnya lagi Allah itu Maha Mengetahui.

Beliau turut berkongsi cara-cara untuk memulangkan semula wang bantuan BPN kepada LHDN.

“Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak,pulangkanlah bantuan tersebut utk LHDN agihkan semula kepada yg berhak. Cara2 nya:-
a) Buat draf bank atas nama akauntan negara
b) Tulis sikit penjelasan kenapa tolak bantuan (rujuk lampiran no 26)
c) Pos balik ke MOF

P/S: Sekecil zarah tetap akan dinilai Allah…sekian terima kasih.”

CARA MEMULANGKAN DUIT BPN KEPADA YANG HAK

Menerusi satu lagi posting, Rinizan turut berkongsi foto surat rasmi yang ditulis olehnya berserta cek di atas nama Akauntan Negara Malaysia.

Beliau juga menyeru orang ramai tidak menyalahkan LHDN kerana berlaku ralat pada sistem itu perkara biasa.

  1. Kalau diamkan siapalah yang tahu kan? tapi…Allah Maha Mengetahui
  2. Adakah kita gembira pada saat ada orang mungkin penerima sebetulnya sedang berkelaparan? Kalau ya, kan menzalimi hak org tu!

Jadi kalau saudara/saudari masih mampu bertahan dan tak layak,pulangkanlah bantuan tersebut utk LHDN agihkan semula kepada yg berhak. Cara2 nya:-

  • Buat draf bank atas nama akauntan negara
  • Tulis sikit penjelasan kenapa tolak bantuan (rujuk lampiran no 26)
  • Pos balik ke MOF

P/S: Sekecil zarah tetap akan dinilai Allah…sekian terima kasih.

Ternyata tindakan yang diambil olehnya mendapat pujian ramai dari warganet. Ada juga berkata bahawa ini merupakan satu tindakan yang sangat patriotik dan cintakan negara.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan syabar buat saudara Rinizan Razali. Semoga lebih ramai yang mencontohi apa yang dilakukan oleh beliau.

Stay home & stay safe!

Kredit & sumber: Rinizan Razali

Baca Selanjutnya

Warganet Puji Lelaki Ini Pulangkan Duit BPN Yang Tersalah Masuk, "Ini Bukan Hak Saya" 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here