Home All Isu Semasa Warga Shah Alam Punyai Displin Dan Daya Prihatin Yang Tinggi. Ini Yang...

Warga Shah Alam Punyai Displin Dan Daya Prihatin Yang Tinggi. Ini Yang Kerajaan Mahukan!

5989
1
shah alam

Warga Shah Alam Punyai Displin Dan Daya Prihatin Yang Tinggi. Ini Yang Kerajaan Mahukan!  | Berikutan arahan Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pengerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac di seluruh negara, tidak bermakna rakyat Malaysia tidak dibenarkan keluar untuk barang keperluan isi rumah.

Namun apa yang mendukacitakan ramai yang mempunyai sifat pentingkan diri. Sikap ini harus kita bendung dalam diri, supaya sentiasa beringat bahawa ramai lagi yang masih memerlukan. Apatah lagi warga emas yang duduk sendirian.

shah alam

Pujian Untuk Warga Shah Alam, Selangor

Mungkin ada segelintir kelompok masyarakat sahaja yang kita nampak bersikap begitu, tetapi admin nak puji sikap warga Selangor apabila perkongsian beberapa keping gambar dan video tular, ternyata warga Selangor punyai displin dan daya rihatin yang tinggi.

Tinjauan sekitar pasar besar seksyen 6 Shah Alam hanya 50 orang sahaja yang dibenarkan untuk masuk ke dalam pasar secara bergilir-gilir dengan kadar masa yang ditentukan. Warga Shah Alam juga beratur dengan jarak yang disarankan 1 meter di antara satu sama lain.

Sedikit perkongsian warga net untuk anda yang merancang membeli barang keperluan:

1. Pakai sarung tangan plastik bila ambil brg di rak2 pasaraya. Virus ni boleh hidup di permukaan hingga 9 jam.

2. Pakai mask. Elak both direction. Pembawa xsebar virus, virus pun xbleh masuk ke rongga hidung, mulut dr luar.

Langkah selepas balik dari membeli makanan.

1. Jgn disambut oleh ahli keluarga terutama anak2. Elakan dr terus bertemu ahli keluarga lain.

2. Terus masuk kedlm toilet, buka semua pakaian dan masukan dlm beg plastik utk dicuci terus.

3. Baru buka mask dan sarung tangan.. terus buangkan dlm plastik khas. Jgn buang dlm tong sampah biasa. Virus boleh hidup jika ada host iaitu sisa2 makanan dlm tong sampah.

4. Mandi dan cuci dgn sabun, detol.

5. Baru keluar bertemu ahli keluarga.

6. Barang2 yg dibeli, jgn terus guna. Sebaiknya biarkan di satu sudut simpanan khas selama 8 jam supaya jika ada virus pada barangan yg dibeli, boleh mati slps 8 jam.

Jika beli makanan siap masak

  • Pastikan kedai yg bersih
  • Pastikan tiada crowd yg ramai menunggu
  • Beli dan terus balik.
  • Balik ulangi tatacara mengurus diri seperti diatas td.

Makanan siap masak yg dibeli boleh terus dihidangkan. Sebaiknya elakan beli di luar. Masak sendiri di rumah. Cara ini telah dibuat di China oleh mereka yg kena kawalan pergerakan/lockdown. Baru lah efektif. Susah tak…. ya amat menyusahkan.

Stay at home…kita disiplin ikut arahan kawalan pergerakan..maka cepatlah ianya berakhir.
Doa, solat, mengaji al Quran dan jaga diri…

Video Warga Shah Alam Beratur Menunggu Giliran Masuk Ke Pasar Basah

Semoga lebih banyak pasar basah atau pasaraya buat peraturan macam ni. Limitkan berapa ramai yang boleh masuk dan social distancing..Lokasi: Pasar Basah Sek 6 Shah Alam

Posted by Petua Ibu on Sunday, March 22, 2020

Warga Shah Alam Punyai Displin Dan Daya Prihatin Yang Tinggi. Ini Yang Kerajaan Mahukan! 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here