Home All Isu Semasa 8 Warga Asing Selamba Bawa MyKad Palsu Interview Kerja Kilang, Beli Pada...

8 Warga Asing Selamba Bawa MyKad Palsu Interview Kerja Kilang, Beli Pada Harga RM200- RM300.

2415
1
8 Warga Asing Selamba Bawa MyKad Palsu Interview Kerja Kilang, Beli Pada Harga RM200- RM300.

8 Warga Asing Selamba Bawa MyKad Palsu Interview Kerja Kilang, Beli Pada Harga RM200- RM300. | Ternyata kerisauan orang ramai terhadap sindiket penjualan kad pengenalan kepada bukan warganegara berasas.

Ramai yang bimbang dengan kehadiran terlalu ramai orang asing yang mana akhirnya mereka memiliki kad pengenalan palsu dengan harga yang cukup murah iaitu RM200-RM300 sahaja.

Laporan Astro Awani, cubaan lapan individu warga Indonesia menggunakan Mykad palsu untuk menghadiri temu duga kerja di sebuah kilang di Klang, membawa padah apabila ditahan polis pada Rabu.

BACA: Adakah Anda Diberhentikan Kerja Ikut Undang-Undang Ke Tak? Peguam Kongsi Info

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisoner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, semua suspek termasuk ejen mereka kelihatan mencurigakan ketika pemeriksaan dilakukan pihak keselamatan kilang berkenaan.

MyKad Palsu

“Polis bantuan di kilang itu mendapati Mykad mereka yang terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita itu mencurigakan sebelum melaporkannya kepada pihak pengurusan berkaitan MyKad Palsu.

“Berikutan itu, semua suspek serta ejen mereka kemudian dibawa ke Balai Polis Meru untuk tindakan lanjut,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara pada Khamis.

BACA: Bagaimana Ribuan Warga Asing Menetap Di Kota? Sehingga Wujud Isu Baling Najis & Pesta Arak!

Beliau berkata, siasatan mendapati semua suspek sudah berada di Malaysia hampir dua tahun dan memperoleh Mykad palsu itu daripada individu berasingan dengan membayar RM200 hingga RM300 tahun lalu.

Katanya, semua mereka direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 56(1)(D) Akta Imigresen, Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen dan Seksyen 25(1)(E) Akta Pendaftaran Negara 1959.

8 Warga Asing Selamba Bawa MyKad Palsu Interview Kerja Kilang, Beli Pada Harga RM200- RM300. 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here