Home All Isu Semasa Tidak Puas Hati Kena PKPD, Warga Asing Lempar Air Kencing Kepada Petugas...

Tidak Puas Hati Kena PKPD, Warga Asing Lempar Air Kencing Kepada Petugas Keselamatan

9375
1
Tidak Puas Hati Kena PKPD, Warga Asing Lempar Air Kencing Kepada Petugas Keselamatan

Gara-gara tidak berpuas hati kediaman mereka dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), sebahagian warga asing di ibu kota didakwa bertindak melakukan protes melempar sampah dan air kencing kepada petugas keselamatan yang bertugas.

Antara kawasan kediaman yang dikenakan PKPD di sekitar ibu kota sebelum ini adalah bangunan Malayan Mansion dan Selangor Mansion di Jalan Masjid India sejak Selasa lalu serta Menara Plaza City One di Jalan Munshi Abdullah bermula 31 Mac lalu.

Protes itu menurut laporan Sinar Harian dipercayai dilakukan bagi menunjukkan rasa tidak puas hati mereka dikenakan perintah itu dan juga berkemungkinan kerana masalah mendapatkan bekalan makanan yang dihadapi mereka sebelum ini.

Tidak Puas Hati Kena PKPD, Warga Asing Lempar Air Kencing Kepada Petugas Keselamatan

Tindakan Kurang Ajar Warga Asing Semasa PKPD

Susulan daripada tindakan kurang ajar penghuni dipercayai warga asing itu, pihak berkuasa terlibat terutama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa memakai helmet bagi menghadapi situasi tersebut.

“Bukan saja-saja askar pakai helmet ketika berkawal di bangunan-bangunan kediaman itu. Jika kita lihat ketika kawalan sekatan jalan raya, askar tak pakai helmet pun, hanya pakai beret.

“Pakai helmet sebab nak elak daripada kena benda yang dibaling dari atas. Bawang putih pun dibaling dari dalam rumah. Jadi kita tak dapat kenal pasti dari unit mana,” kata sumber kepada Sinar Harian.

Selain daripada ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) juga turut terlibat dalam melakukan kawalan di kawasan-kawasan tersebut sepanjang perintah itu berlangsung.

Bagaimanapun, menurut sumber yang dipetik melaporkan kini semakin terkawal selepas mereka tidak lagi mempunyai alasan untuk melakukan protes kerana bekalan makanan dilaporkan sudah disediakan ketika ini di samping terpaksa akur dengan sikap tegas pihak berkuasa yang melakukan kawalan.

KEMASKINI | Pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui laporan dikeluarkan Berita Harian petang ini bagaimanapun menafikan anggota tentera memakai topi keledar untuk mengelak air kencing warga asing.

Malah pihak mereka melalui kenyataan yang dikeluarkan Panglima ATM, Jen Tan Sri Affendi Buang tidak pernah mengeluarkan arahan kepada anggotanya untuk berbuat demikian.

“Tidak ada perkara sedemikian (anggota tentera memakai helmet elak air kencing warga asing ketika bertugas di bangunan Selangor Mansion).

“Pihak ATM hanya memakai helmet untuk tempat yang diisytiharkan sebagai kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) manakala di tempat lain adalah seperti biasa,” katanya kepada BERNAMA hari ini.

Baca Selanjutnya

Tidak Puas Hati Kena PKPD, Warga Asing Lempar Air Kencing Kepada Petugas Keselamatan 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here