Home All Isu Semasa Wanita Sapu Sampah di Sebuah R&R, Gara-Gara Bosan Menunggu Lama!

Wanita Sapu Sampah di Sebuah R&R, Gara-Gara Bosan Menunggu Lama!

4320
0
Wanita Sapu Sampah di Sebuah R&R, Gara-Gara Bosan Menunggu Lama!

Wanita Sapu Sampah di Sebuah R&R, Gara-Gara Bosan Menunggu Lama! | Memang seronok jika dapat bercuti setelah berminggu-minggu melakukan pekerjaan tanpa henti. Namun begitu, pastikan anda telah menyelenggara kenderaan bagi melancarkan jarak perjalananan anda.

Hal ini secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kerosakan yang mungkin bakal berlaku kerana malang tidak berbau.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @NesrinShukorr dimana dia dan keluarganya sedang menunggu ketibaan lori towing di salah sebuah perhentian R&R. Hal ini kerana, kereta dinaiki oleh mereka sekeluarga telah mengalami kerosakan secara tiba-tiba.

sapu sampah

Namun lain pula yang jadi apabila ibunya yang dipanggil mama bertindak untuk menyapu bersama-sama tukang bersih di sekitar kawasan R&R tersebut gara-gara bosan menunggu lama.

Bantu Sapu Sampah

Menerusi Tweet itu, pemilik akaun tersebut berkata “Cerita dia kereta rosak kat hentian highway. Lepas tu nak tunggu towing kereta lama sangat. Mama jenis yang tak boleh nak duduk diam. Dia pi pegang penyakaq sampah dok pi sapu daun sekali dengan aunty ni”.

Ternyata, situasi tolong sapu sampah tersebut membuatkan warga netizen terhibur setelah melihat rakaman video berkenaan di samping turut berkongsikan gelagat emak masing-masing di ruangan komen akaun terbabit.

”Mak aku pun camni lah. Ikut adik aku pi rumah member dia nak ziarah orang sakit. Dia tengok baju tak berlipat lagi. Dia borak sambil lipat baju”, kata salah seorang warga netizen.

Video mak wanita ini sapu sampah yang berdurasi selama 15 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 90.5 ribu tontonan umum selain daripada mendapat 5.5 ribu ulang kicau dan komen berserta 7.6 ribu tanda suka menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

BACA JUGA : Hukum Membuang Sampah Ke Dalam Tong Sampah Jiran..Awas! Jangan Ambil Mudah Perkara

Wanita Sapu Sampah di Sebuah R&R, Gara-Gara Bosan Menunggu Lama! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here