Home All Isu Semasa Wanita Mengamuk Kereta Ditunda MBSA Berpunca Dari Depression. Kongsi & Bantu Bukan...

Wanita Mengamuk Kereta Ditunda MBSA Berpunca Dari Depression. Kongsi & Bantu Bukan Mencaci!

2259
0
wanita mengamuk

Punca Wanita Mengamuk Kereta Ditunda MBSA Berpunca Dari Depression. | Semalam tular sebuah video di media sosial yang kelihatan seorang wanita bertindak kasar dengan anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Difahamkan, wanita mengamuk itu bertindak sedemikian setelah kenderaan miliknya ditunda kerana diletakkan di tempat yang tidak sesuai.

Terbaru, seorang pengguna Facebook Francis Ngu Hown Hua memuat naik sebuah paparan skrin daripada individu lain yang mendakwa bahawa wanita mengamuk tersebut merupakan seorang guru di sekolah berdekatan lokasi kejadian.

wanita mengamuk

Individu tersebut iaitu Firdaus Omar mendakwa, wanita mengamuk terbabit dikatakan mengalami tekanan perasaan akibat kehilangan anak keduanya yang mennggal dunia selepas dilahirkan.

Firdaus turut mendakwa bahawa wanita itu diceraikan suaminya selepas lelaki berkenaan bertindak untuk berkahwin lain dan membawa anak tinggal bersama.

wanita mengamuk“So dia makin tertekan. Kerajaan hantar dia ke Bandar Baru Sungai Buloh sebab parents dia orang Merbau Sempak. Kadang2 dia ni lupa ambil ubat,” tulis Firdaus.

Terdahulu, video tersebut mendapat 22,000 perkongsian dan 12,000 komen netizen yang rata-rata menyifatkan tindakan wanita itu diluar jangkaan selain menghalang tugas anggota penguat kuasa.

Komen warganet isu wanita mengamuk

Tu la dont judge quickly. Kalau akak ni “normal” tak de la dia berkelakuan aneh seperti yang di rakam. If u know how depressed seseorang macam dia punya act. Semoga akak ini tabah. He need our support bukan cacian hina.

Walau apa pun asalannya..Kita kena respact petugas MBSA tu.Wanita tu ada meludah serta tarik baju.So kalau ada masalah kita blh buat mcm tu ke?Ingat sedikit masa dulu ada pegawai buat mcm ni tapi wanita ‘ITU’ utk sebtg kayu aje..Tapi beliau terus di bawa ke mahkamah n di kenakan denda.Pada masa sekrg siapa yg x stress.Tapi kita kena sabar n berfikir sebelum bertindak.

kesian..dia perlu kawan, keluarga, beradik tolong bagi semangat kat dia.. bukannya kecam dia…ibu mana yg x sedih hilang ank.. hari ni hari dia..entah2 esok lusa hari kita pulak..atau lebih teruk dari sis ni.. moga dia terus tabah

Maaflah sebab saya dah kecam semalam… Sebab kalau org normal mmg rasa benda ni melampau. Tapi bila dah tau kakak ni depressed, faham dah… Semoga kakak cepat sihat…

Dah agak dah.. org yang waras tak kan buat mcm tu.. org nampak physically seseorang tu sihat.. tp we never know what she/he going through.. so please do judge to early.. kalau kita dekat tempat kakak tu, entah2 lagi teruk kita act.

Kredit: Facebook Francis Ngu Hown Hua

Wanita Mengamuk Kereta Ditunda MBSA Berpunca Dari Depression. Kongsi & Bantu Bukan Mencaci! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here