Home All Isu Semasa Wanita Ditahan Selepas Marahkan Polis Buat Sekatan, Selamba Sound Petugas Bangang!

Wanita Ditahan Selepas Marahkan Polis Buat Sekatan, Selamba Sound Petugas Bangang!

10149
1
Wanita Ditahan Selepas Marahkan Polis Buat Sekatan, Selamba Sound Petugas Bangang!

Wanita Ditahan Selepas Marahkan Polis Buat Sekatan, Selamba Sound Petugas Bangang! | ” Hoi stup#d id#ots, sekat jalan sampai jam teruk everywhere menyusahkan orang!

Itu tindakan seorang wanita yang menjerit dan memaki anggota polis yang melakukan sekatan jalan raya di Persiaran Surian, Petaling Jaya, hari ini, mengundang padah apabila dia ditahan.

Difahamkan wanita berusia 30-an berkenaan bertindak sedemikian kerana bengang selepas terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas berikutan pemeriksaan dilakukan polis dan tentera di lokasi itu.

Wanita Ditahan Selepas Marahkan Polis Buat Sekatan, Selamba Sound Petugas Bangang! 1

Wanita berkenaan yang memandu kenderaan utiliti sukan turut membunyikan hon hampir 30 minit ketika cuba mencari jalan keluar daripada kesesakan ke rumahnya yang terletak berhampiran.

Malah, wanita itu kemudian menghampiri anggota polis untuk menyatakan rasa tidak puas hati terhadap sekatan jalan raya yang didakwa menyusahkannya untuk membeli barang keperluan rumah.

Anggota polis kemudian menahan wanita itu dan dibawa ke Balai Polis Damansara untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Jerit ke arah petugas Polis  ‘you all are id#ots’

Sementara itu Ketua PoIis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan penahanan seorang wanita berusia 30an kerana mengeluarkan kata-kata kesat menghalang penjawat awam menjalankan tugas.

” Ada pagi tadi. Saya rasa disebabkan kesesakan jalan akibat sekatan ini apabila dia sampai ke lokasi dia jerit ke arah petugas ‘you all are id#ots’,” katanya diminta mengulas kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi tadi.

Mengulas lanjut, beliau yang juga turun padang bertugas semasa sekatan jalan raya Op COVlD di Persiraran Surian bersempadan Kota Damansara-Damnsara itu dengan nada sinis berkata:

” Memang kami semua (pois) mungkin id#ots (bod#h), tetapi kami bod#h kerana ada aspek keselamatan yang perlu dijamin dalam minda dan juga hati.

” Jadi minta maaf untuk menyebabkan kesulitan sebegini.

” Kami ada tugas untuk dilaksanakan demi negara dan keselamatan rakyat untuk memastikan anda semua sentiasa selamat, itulah kerja kami, saya minta maaf ya.”

Bunyikan hon selama 30 minit

Beliau juga mengesahkan wanita berkenaan ditahan di bawah S3ksyen 7 Akta 342 dan dibawa ke Balai Damansara.

Wanita berkenaan semasa terperangkap dalam kesesakan jalan raya telah membunyikan hon berterusan selama 30 minit.

Dan sebaik tiba di perkarangan tempat tinggalnya di sebuah apartmen bersebelahan lokasi sekatan jalan raya itu, beliau telah menjerit ‘Hoi stup#d id#ots” ke arah pasukan polis dan tentera yang bertugas.

Nik Ezanee Mohd Faisal turut berkata, pihaknya akan memperbanyakkan jumlah sekatan jalan raya di sekitar daerah ini bagi meningkatkan tahap kepatuhan orang ramai sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

” Setakat ini ada 11 sekatan jalan raya dilakukan dan empat jalan jalan ditutup di daerah ini. Kami sedang mengkaji laluan utama orang ramai dan akan meningkatkan jumlah sekatan jalan raya dari semasa ke semasa.

” Ini kerana masih ada individu yang keluar rumah tanpa alasan yang munasabah,” katanya ketika ditemui ketika meninjau sekatan jalan raya di Persiaran Surian, hari ini.

Menurutnya, seramai 89 individu ditahan kerana mengingkari arahan PKP di daerah ini sejak 18 Mac lalu hingga semalam.

” Orang ramai dinasihatkan untuk duduk di rumah dan mematuhi arahan yang dikeluarkan polis serta kerajaan,” katanya.

Kredit

Baca Selanjutnya

Wanita Ditahan Selepas Marahkan Polis Buat Sekatan, Selamba Sound Petugas Bangang! 2

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here