Home All Keluarga Isteri Kena Tahu, Walaupun Anda Suri Rumah Tapi Boleh Tuntut Harta Sepencarian...

Isteri Kena Tahu, Walaupun Anda Suri Rumah Tapi Boleh Tuntut Harta Sepencarian Bersama Suami.

7997
2
suri rumah

Masih ramai diantara kita yang masih kurang jelas mengenai harta sepencarian dalam hubungan suami isteri. Ramai yang beranggapan harta ini akan pergi semua kepada suami dan isteri tidak berhak ke atasnya.

Terutama jika isteri itu adalah seorang suri rumah sepenuh masa, di mana jika dilihat melalui mata kasar mereka ini tidak menyumbang apa-apa pun pada harta sepencarian tersebut.

Namun begitu, tidak kiralah isteri itu berkerja atau sekadar suri rumah sahaja, mereka ini berhak untuk menuntut harta sepencarian bersama pasangan mereka. Haa, yang suami pula jangan nak kata isteri tiada hak pula ya.

Suri Rumah Jangan Takut Tuntut Hak Harta Sepencarian

Ramai wanita yang begitu takut untuk menuntut hak-hak mereka apabila mereka ini sekadar duduk di rumah ataupun tidak memiliki harta yang banyak seperti suami. Sebenarnya ada 3 jenis pembahagian dalam harta sepencarian diantara suami isteri. Mari kita fahami penerangan dari Firdaus Shakirin ini.

Dalam Harta Pusaka, ada Harta Sepencarian dan kedua-dua harta ni tak sama. Harta Sepencarian perlu dituntut di Mahkamah Syariah sekiranya berlakunya kematian kepada pasangan ataupun bercerai dengan pasangan…

Apa itu Harta Sepencarian?

suri rumah

Harta sepencarian adalah harta yang diperoleh suami dan isteri semasa perkahwinan. Jenis-jenis harta sepencarian ialah rumah, tanah, kereta dan wang simpanan yang dikumpul, diperolehi atau dapat sepanjang tempoh perkahwinan tersebut berlangsung.

“Tapi saya ni suri rumah, tak bayar apa-apa pun kat harta-harta tersebut, boleh ke tuntut? Harta tu semuanya nama suami…”

Setiap harta yang dibeli walaupun dengan nama suami, ianya masih boleh dituntut sebagai harta sepencarian apabila isteri turut MENYUMBANG.

Awak tu suri rumah, maka apa SUMBANGAN awak?

Sumbangan yang dimaksudkan bukan sekadar wang ringgit, tetapi tenaga, dorongan, sokongan dan perancangan yang diberi sehingga membolehkan harta-harta tersebut dibeli, dikumpul dan diperolehi.

3 jenis pembahagian harta sepencarian:

1. Pembahagian 1/3 atau kurang kepada isteri: Apabila isteri tidak memberi sumbangan kewangan kepada harta tersebut tapi memberi sumbangan dalam bentuk mendorong suami dan membuat perancangan kepada suami untuk memperolehi harta-harta tersebut dan juga menjaga rumahtangga/keluarga.

2. Pembahagian sama rata: Apabila isteri juga memberi sumbangan kewangan terhadap harta tersebut.

3. Pembahagian melebihi ½ atau lebih kepada isteri: Apabila isteri ada bukti menunjukkan yang sumbangan dia melebihi suami dalam harta-harta yang dikumpul tersebut.

Maka sebagai isteri, tolong belajar, ambik tahu dan faham. Banyak isteri tak faham dan tak tahu tentang Harta Sepencarian ni. Kalau bercerai hidup boleh tuntut, kalau bercerai mati pun boleh tuntut.

Isteri Kena Tahu, Walaupun Anda Suri Rumah Tapi Boleh Tuntut Harta Sepencarian Bersama Suami. 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here