Home All Isu Semasa “Waktu Bencana Bukan Waktu Berseronok” – Mungkin Tak Ramai Nak Bincangkan &...

“Waktu Bencana Bukan Waktu Berseronok” – Mungkin Tak Ramai Nak Bincangkan & Kongsi Pesanan PU Amin

3293
0

“Waktu Bencana Bukan Waktu Berseronok” – Mungkin Tak Ramai Nak Bincangkan & Kongsi Pesanan PU Amin | Medium media sosial bukan sahaja untuk hiburan dan mempromosikan barangan semata-mata, tetapi boleh digunakan sebagai alat untuk menyampaikan ilmu keagamaan.

Itulah yang dilakukan oleh segelintir mereka yang dianggap selebriti kerana mempunyai pengikut yang ramai di media sosial termasuklah PU Amin.

Dalam satu entri di Instagramnya, PU Amin mengingatkan agar tidak terlalu berseronok ketika waktu seluruh dunia dalam keadaan serangan wabak pandemik sebegini.

Waktu Bencana Isi Masa Dengan Perkara Berfaedah

“Isi masa yang ada dengan zikir, ibadah, selawat dan baca Al-Quran . Jangan isi masa bosan dengan perkara sia-sia.


Kalau nak rekod video joget, boleh, tapi hanya dilihat oleh mahram kita. Kita saling berpesan, kerana waktu bencana bukan waktu berseronok. waktu bencana adalah waktu untuk bermuhasabah,” tulis PU Amin.

PU Amin juga mahu kita yakin bahawa bila kita meninggalkan perkara yang sia-sia yang biasa kita buat, Allah akan berikan kasih sayang-Nya pada kita.

“Saya berpesan pada diri saya yang serba jahil ini,” tambahnya lagi.

Rata-rata pengikutnya di Instagram bersetuju dengan apa yang diperkatakan dan mengucapkan terima kasih kerana saling ingat-mengingati antara satu sama lain.

Baca Selanjutnya

"Waktu Bencana Bukan Waktu Berseronok" - Mungkin Tak Ramai Nak Bincangkan & Kongsi Pesanan PU Amin 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here