Home All Isu Semasa Visa Kerja Sambil ‘Travel’ Di New Zealand Kembali Dibuka Pada 23 Januari...

Visa Kerja Sambil ‘Travel’ Di New Zealand Kembali Dibuka Pada 23 Januari 2020

1514
0
visa

Sebut sahaja melancong, pasti ada daripada anda sudah tersenyum gembira. Bagaimana kami katakan anda berpeluang untuk bekerja di luar negara untuk sara kehidupan dan berjalan-jalan di luar negara?

Untuk pengetahuan anda, New Zealand bakal membuka permohonan untuk working holiday visa kepada rakyat Malaysia bermula pada 23 Januari 2020 pada jam 10 pagi waktu New Zealand dan 5 pagi waktu Malaysia. Dengan adanya visa ini, anda dibenarkan untuk bekerja atau belajar sepanjang anda travel di New Zealand.

Difahamkan bahawa pemohon yang ingin memohon visa travel sambil bekerja tersebut perlulah bekerja selama 6 bulan atau ke atas di sana. Walau bagaimanapun, pemohon haruslah mempunyai simpanan awal sekurang-kurangnya NZ$2,250 (RM6,100) sebagai persediaan untuk membayar tempat tinggal dan lain-lain.

visa kerja

Syarat Memohon Visa Travel Sambil Bekerja

Akan tetapi, terdapat beberapa kriteria yang perlu anda ikuti untuk memenuhi syarat permohonan visa tersebut. Antaranya adalah anda perlu berumur di antara 18 hingga 30 tahun dan tidak dibenarkan mencari pekerjaan tetap di sana.

Bagi anda yang sudah berkeluarga, anda tidak boleh bawa anak dan pasangan. Jika mahu bawa pasangan, mereka perlu buat visa berasingan. Permohonan ini boleh dilakukan secara dalam talian dengan bayaran NZ$208 (~RM860) menggunakan kad kredit atau kad debit.

Adalah diingatkan bahawa hanya 1,150 visa ini akan dikeluarkan kepada rakyat Malaysia. Jika anda berminat untuk memohon visa ini dan ingin dapatkan maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman sesawang ini. Semoga berjaya!

Visa Kerja Sambil ‘Travel’ Di New Zealand Kembali Dibuka Pada 23 Januari 2020 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here