Home All Isu Semasa Tahniah! Vietnam Mula Longgarkan Penjarakan Sosial Setelah 8 Hari Berturut Tiada Kes...

Tahniah! Vietnam Mula Longgarkan Penjarakan Sosial Setelah 8 Hari Berturut Tiada Kes COVID-19

2734
0
Tahniah!Vietnam Mula Longgarkan Penjarakan Sosial Setelah 8 Hari Berturut Tiada Kes COVID-19

Sedang sebahagian besar negara Asia Tenggara masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Vietnam pada Khamis telah melonggarkan langkah penjarakan sosial selepas proses kuarantin besar-besaran dan jejak kontak yang meluas berjaya mengekang penularan COVID-19 di negara itu.

Mengikut data, negara Asia Tenggara itu merekodkan 268 kes jangkitan dan sifar kematian setakat ini walaupun berkongsi sempadan yang agak panjang dengan China.

Walaupun jumlah yang diuji agak rendah, pakar menegaskan bahawa angka itu adalah statistik rasmi Kementerian Kesihatan Vietnam, yang juga satu-satunya sumber maklumat dan tidak perlu dipertikaikan.

Vietnam telah membuktikan kejayaan mereka membendung penularan wabak COVID-19 di negara itu walaupun tidak sekaya negara lain tetapi turut berjaya seperti Korea Selatan dan Taiwan.

Selepas dilaporkan tiada kes jangkitan baharu selama lapan hari berturut-turut, kerajaan mengumumkan kedai dan perkhidmatan dibenarkan beroperasi. Beberapa kafe sudah mula beroperasi meskipun jalan raya di sekitar Hanoi masih lengang.

Bagaimana Vietnam datarkan lengkungan kes COVID-19 begitu cepat?

Vietnam adalah negara paling awal melarang penerbangan keluar masuk ke China selain melaksanakan jejak kontak secara agresif. Sehari selapas dua kes pertama dikesan di Vietnam, Hanoi terus menangguhkan penerbangan ke China.

Pada awal Februari lalu, ketika negara itu merekodkan lebih 12 kes, kampung yang terletak berhampiran dengan ibu negara dan mempunyai purata 10,000 penduduk perlu dikuarantin.

Menurut seorang penduduk Hanoi, Nguyen Trinh Thang, 72, beliau dan kumpulan dalam masyarakatnya ditugaskan memantau kes disyaki dan kembali ke rangkaian akar umbi parti komunis untuk mengawasi kawasan kejiranan.

“Kami memasuki setiap lorong dan mengetuk setiap pintu. Kami ikuti bimbingan kerajaan kami bagi melawan pandemik ini, seolah-olah melawan musuh,” katanya.

Vietnam

Sementara itu, Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Rantau Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai, berkata kejayaan Vietnam berteraskan keupayaan meyakinkan orang awam untuk bekerjasama.

BACA: Warga Malaysia Kongsi Sistem Kesihatan Di Jepun Jadi Rumit Dan ‘Selfish’ Kerana COVID-19

Mereka memang melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Sekitar 80,000 orang ditempatkan untuk dikuarantin.

“Saya berpendapat, itu sebabnya mengapa mereka berupaya memastikan jumlah jangkitan kekal kecil,” katanya.

Kini, hampir tiada penerbangan antarabangsa ke Vietnam dan negara itu sedang melaksanakan perintah separa berkurung sejak awal April ini.

Sumber: BHBangkok Post

Baca Selanjutnya

Tahniah! Vietnam Mula Longgarkan Penjarakan Sosial Setelah 8 Hari Berturut Tiada Kes COVID-19 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here