Vietnam Cipta Mesin ATM Beras Untuk Beri Beras Secara Percuma Kepada Golongan Memerlukan | Pelbagai berita mengenai ‘rakyat lapar’ di beberapa buah negara telah tular baru-baru. Hal ini menunjukkan, penularan wabak COVID-19 ini sangat memberi perubahan yang besar kepada ekonomi rakyat hampir di seluruh dunia.
Oleh itu, pelbagai bantuan dan subsidi telah dikeluarkan oleh kerajaan di sesebuah negara bagi membantu rakyat mereka yang memerlukan ketika ini.
Hari ini dikatakan, Vietnam telah mengambil inisiatif baru yang kreatif dalam menyediakan beras secara percuma kepada rakyat mereka yang memerlukan dengan mencipta ‘Mesin ATM beras’ di sana.
Mereka yang memerlukan beras hanya perlu menekan butang yang telah disediakan di mesin ATM beras itu.
Menurut sumber jumlah beras untuk ‘sekali tekan’ adalah sebanyak 1kg dan akan keluar melalui paip yang telah tersedia.
Ambil sedikit jika kamu perlukannya. Tinggalkan ia kepada yang lebih memerlukan jika kamu baik-baik sahaja.
Menurut Hoang Tuan Anh iaitu pencipta mesin tersebut, idea untuk mencipta mesin ATM beras ini muncul selepas beliau melihat ramai orang menderma beras kepada orang ramai semasa wabak Covid-19 ini melanda di sana.
Memandangkan beras adalah makanan ruji yang penting, ianya sangat bernilai untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan ketika ini.
Ditengah-tengah menghadapi pendemik seperti ini, mendapat beras percuma setiap hari adalah sesuatu yang sangat berharga.
Setiap beg beras merupakan satu hadiah cinta.
Mesin ATM beras itu dikatakan akan beroperasi selama 24 jam di sana.

[…] kita masak nasi, mesti kita akan bilas dahulu beras sampai bersih, ya dak?? Haa untuk pengetahuan semua, jangan dibuang terlebih dahulu air cucian […]
[…] BACA: Vietnam Cipta Mesin ATM Beras Untuk Beri Beras Secara Percuma Kepada Golongan Memerlukan […]