Home All Isu Semasa Viral Video Jenaka Ketika Solat, Ustaz Tampil Beri Teguran

Viral Video Jenaka Ketika Solat, Ustaz Tampil Beri Teguran

10469
1

Viral Video Jenaka Ketika Solat, Ustaz Tampil Beri Teguran | Pada tahun ini, ibadah solat tarawikh terpaksa dilakukan di rumah kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang melarang sebarang aktiviti di masjid atau pun surau.

Walaupun begitu, ianya tetap mempunyai hikmah kerana kita apat melaksanakan ibadah dan aktiviti kerohanian bersama-sama ahli keluarga.

Namun baru-baru ini tular beberapa video dan gambar yang menunjukkan ahli keluarga yang sedang bersolat, diganggu oleh anak kecil mereka. Ianya memang melucukan dan mendapat ribuan perkongsian netizen di media sosial.

BACA: Jemaah Lelaki Dan Wanita Sanggup Panjat Pagar Masjid Untuk Solat Terawih Berjemaah Walaupun Dilarang

Satu kesalahan dan boleh menimbulkan perasaan kurang senang jika berjenaka tentang rukun islam ni.

Ustaz Nik Nizam Nasir tampil mengulas mengenai perkara tersebut dan jelasnya ia mencetuskan perasaan kurang senang kepada umat Islam yang lain.

Dia menegaskan walaupun tanpa niat, kita tidak sepatutnya menyebarkan rakaman sehingga ia menjadi bahan jenaka. Seorang Muslim perlu menjauhkan diri dari perbuatan mempersendakan agama atau menjadikan sembahyang sebagai satu bahan jenaka.

“Jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan agama sebagai permainan dan hiburan.”

Haram hukumnya jika kita sengaja membatalkan solat.

Dia turut menjelaskan bahawa ia adalah haram jika seseorang itu membatalkan sembahyang dengan sengaja kecuali berlaku sesuatu hal yang darurat.

solat

Di harap masyarakat terutamanya orang Islam menerima teguran ini dengan hati yang terbuka supaya sama-sama dapat menjaga kehormatan dalam mendirikan rukun Islam dan ibadah.

BACA: Inilah 10 Perkara Mudah Untuk Kita Gandakan Pahala Puasa Di Bulan Ramadhan

Baca Selanjutnya

Viral Video Jenaka Ketika Solat, Ustaz Tampil Beri Teguran 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here