Home All Isu Semasa Inilah Terusan Kra Yang Bakal Menjahanamkan Ekonomi Negara.

[Video] Inilah Terusan Kra Yang Bakal Menjahanamkan Ekonomi Negara.

4515
1
[Video] Inilah Terusan Kra Yang Bakal Menjahanamkan Ekonomi Negara.

Terusan Kra (Kra Canal) adalah satu usaha sama ekonomi di antara dua buah negara iaitu Thailand dan China. Ia akan menjadi jalan pintas daripada Lautan Hindi ke Lautan Pasifik tanpa perlu meneruskan perjalanan yang panjang melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan.

  • Projek ini sepatutnya dimulakan pada 2015 dan dijangkakan akan siap menjelang tahun 2025.
  • Seramai 30,000 orang pekerja bakal terlibat dalam projek raksaksa Thailand-China ini.
  • Terusan ini apabila siap panjangnya adalah 102 km, lebarnya 500 meter dan kedalamannya 33 meter dan boleh menampung laluan untuk sebanyak 200 buah kapal.
  • Kesan terhadap kapal perdagangan tentunya besar kerana ia bakal menjimatkan perjalanan laut sejauh 1200 km.
  • Kesan yang lebih besar kelak adalah terhadap ekonomi maritim negara-negara ASEAN terustamanya Malaysia, Singapura dan juga Indonesia.

BACA: Agong Bertitah Aktiviti Ketenteraan AS Dan China Di Laut China Selatan & Isu PATI Perlu Diberi Perhatian

terusan kra

Bahkan pihak-pihak yang menentang pembinaan terusan ini menyuarakan kerisauan yang tinggi sehingga menyatakan Terusan Kra merupakan pembunuh kepada ekonomi maritim Singapura, Indonesia dan Malaysia.

Projek Mega Terusan Kra – Apa Akan Berlaku Kepada Malaysia Dan ASEAN

Ketidakstabilan ekonomi, konflik dan permusuhan, itu adalah antara perkara yang mungkin akan berlaku sekiranya projek mega Terusan Segenting Kra dibangunkan.

Sebenarnya projek ini sudah diperkenalkan sejak 300 tahun dahulu lagi, namun pada masa tersebut, peradaban manusia belum mempunyai kemampuan dari segi teknologi untuk membina terusan ini.

Walaupun selepas itu pihak British kelihatan berminat dalam meneruskan pembinaan ini, tetapii akhirnya mereka terpaksa menentangnya kerana ingin menjaga kepentingan singapura dimana pada masa tersebut dibawah penjajahan british.

BACA: Projek Terusan Kra: Kerajaan hormati keputusan Thailand

Terusan segenting kera merupakan Projek yang menghubungkan Lautan Hindi dengan Laut China Selatan melalui satu terusan buatan, dengan jarak sekitar 135 kilometer yang terletak di Thailand.

Jadi, kapal kapal tidak perlu lagi melalui selat melaka dan dapat menjimatkan lebih 1200 kilometer. Namun, jika ini berlaku, apa yang akan terjadi kepada selata melaka, dan kesannya kepada pelabuhan di perairan selat ini.

Sebenarnya, terdapat 2 terusan lain yang telah dibina untuk mengurangkan jarak perjalan kapal iaitu terusan suez, yang menghubungkan laut Mediterranean dan Lautan Merah , serta terusan panama, di amerika selatan.

Jadi, ia bukanlah perkara yang mustahil untuk dilakukan. Pada tahun 2017, Thailand telah memulakan persepsi awal dengan beberapa individu berpengaruh di Thailand mula memujuk perdana Menteri Thailand untuk meneruskan projek Terusan Kra ini yang dianggarkan bernilai sekitar RM120 billion.

Mari tonton video ni…

Sumber; Prof. Dr Zainur Rashid Zainuddin

Kredit video; APHD Channel

[Video] Inilah Terusan Kra Yang Bakal Menjahanamkan Ekonomi Negara. 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here