Seorang imam yang dikenali sebagai Syeikh di Mesir menjadi terkenal setelah videonya disebarkan secara meluas di media sosial. Dilaporkan bahawa kejadian itu berlaku semasa solat Aidilfitri pada 1 Syawal yang lalu.
Alaraby.co.uk melaporkan bahawa video tersebut menunjukkan seorang syeikh yang memimpin solat Aidilfitri tiba-tiba melarikan diri ketika memimpin solat jemaah.
Dia melarikan diri setelah melihat kelibat pihak polis menghampiri kumpulan jemaah. Kelihatan Syeikh tersebut berlari laju menyelamatkan diri itu meninggalkan jemaah telah mengundang ketawa netizen.
عربية شرطة كبست عليهم و صلاة العيد شغالة 😂😂😂 اجري يا شيخ 😂 pic.twitter.com/8WjQMa3Fht
— Ali Dewedar✪𓁹🇮🇶 (@alidewedar94) May 24, 2020
“Lari, Syekh Mahmoud!” tulis seorang pengguna media sosial di Twitter.
Pihak berkuasa dalam satu kenyataan mengatakan bahawa Syeikh tersebut sebenarnya adalah imam “tidak rasmi”.
Kementerian Awkaf Mesir juga mengesahkan bahawa dia bukan imam yang dilantik secara rasmi oleh kerajaan Mesir.
Kes COVID-19 di Mesir kini mencecah 19,666 dan 816 daripadanya sudah meninggal dunia, dengan 5,205 pesakit telah pulih. Pandemik ini telah memaksa pihak berkuasa untuk menjalankan tindakan tegas. Termasuk menutup masjid dan melarang solat berjemaah.
BACA: Kerajaan Mesir Dikritik, Bina Lebuh Raya Dengan Jarak 50 Sentimeter Dari Balkoni Rumah

[…] BACA: Video Imam Lari Tinggalkan Jemaah Selepas Diserbu Pihak Polis Undang Ketawa Netizen […]