Home All Isu Semasa Penyebaran Video ‘Ayah Masak Ketum’, Saya Rakam Video Itu Hanya Untuk Ibu...

Penyebaran Video ‘Ayah Masak Ketum’, Saya Rakam Video Itu Hanya Untuk Ibu Murid. Guru Jelas Isu Sebenar

4193
0
Penyebaran Video 'Ayah Masak Ketum', Saya Rakam Video Itu Hanya Untuk Ibu Murid. Guru Jelas Isu Sebenar

Penyebaran Video ‘Ayah Masak Ketum’, Saya Rakam Video Itu Hanya Untuk Ibu Murid. Guru Jelas Isu Sebenar | PENYEBARAN video kanak-kanak sekolah yang menjawab soalan guru dengan berkata bahawa bapanya pandai masak air ketum tidak wajar dan tidak sepatunya berlaku.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Amiruddin Awang berkata, beliau sudah melihat video yang tular di media sosial pagi tadi dan masih belum mengetahui punca sebenar bagaimana video berkenaan boleh tular.

Menurut beliau, perkara itu di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan dan NUTP memandang serius perkara itu kerana membabitkan kanak-kanak bawah umur.

“Perkara itu sepatutnya tidak berlaku kerana boleh mencemarkan maruah keluarga dan kanak-kanak terbabit, ” katanya ketika dihubungi di Putrajaya, hari ini.

Video tular hari ini menunjukkan murid sekolah berkata bapanya pandai masak air ketum apabila menjawab soalan gurunya.

Amiruddin berkata, pihaknya akan menunggu maklumat lengkap berkenaan video yang tular itu sama ada ia dilakukan oleh pihak lain.

Menurut beliau, sekiranya perkara itu dilakukan oleh guru, ianya sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab kerana membabitkan hal ehwal murid dan pihaknya menyerahkan kepada Kementerian Pendidikan bagi membuat siasatan.

Katanya, beliau turut menasihatkan guru agar berhati-hati dengan kecanggihan teknologi masa kini supaya tidak melakukan perkara di luar batasan yang boleh menjejaskan institusi perguruan.

“Buat masa ini kita menyerahkan kepada pihak bertanggungjawab untuk membuat siasatan dan motif sebenar ia ditularkan,” katanya.

Warganet turut memberikan pelbagai reaksi dimana rata-ratanya turut kecewa dengan tindakan guru berkenaan yang disifatkan tiada etika dalam menjalankan tugas sebagai seorang pendidik.

Memang nak aibkan murid pasal ketum ke?

Penyebaran Video 'Ayah Masak Ketum', Saya Rakam Video Itu Hanya Untuk Ibu Murid. Guru Jelas Isu Sebenar 1

Patut diambil tindakan!

ketum

Ingat lawak ke? Tiada etika!

ketum

Guru Rakam Untuk Kongsi Dengan Ibu Pelajar Bukan Untuk Sebaran Media Sosial

Susulan tersebar video murid yang memberi jawapan bapanya pandai masak air ketum, guru yang merakam video tersebut tampil memberi penjelasan.

Berdasarkan sumber dari Kaunselor Pelajar, Akhi Fairuz Al-Jengkawi, guru berkenaan memaklumkan dia merakam video itu untuk dihantar kepada ibu murid berkenaan.

“Untuk pengetahuan tuan, saya guru tersebut. Saya rakam dan forward video tersebut hanya untuk ibu murid saya dengan harapan jika benar ayah murid saya kaki ketum, harap dapat cover dari anak.

“Saya tidak pernah sesekali memviralkan (video tersebut) dalam Facebook atau group (media sosial lain). Hanya kepada ibu anak ini.  Mohon ketahui perkara sebenar…

“Sepanjang perkhidmatan saya, saya tidak pernah upload aktiviti murid saya di Facebook. Jangan kata murid, kawan-kawan pun tidak. Saya cuma upkan hal saya.

“Dan berkenaan murid yang tertawa, sebenarnya murid-murid lain bukan ketawakan murid tersebut. Mereka ketawa melihat saya ketawa. Saya jarang ketawa dalam kelas tuan. Saya guru yang agak serius. Kadang-kadang saja unsur kecindan saya muncul.

“Bila murid-murid tengok saya ketawa sampai keluar air mata, mungkin excited tengok cikgu gelak. Mereka pun gelak bersama.

“Tapi saya faham, tak ada seorang pun murid saya yang tahu apa itu ketum,” jelasnya.

Penyebaran Video 'Ayah Masak Ketum', Saya Rakam Video Itu Hanya Untuk Ibu Murid. Guru Jelas Isu Sebenar 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here