Home All Isu Semasa Veteran Perang Dunia II Bebas COVID-19 . ‘Menang Pertempuran Ini Lebih Besar’

Veteran Perang Dunia II Bebas COVID-19 . ‘Menang Pertempuran Ini Lebih Besar’

4074
1
Veteran Perang Dunia II Bebas COVID-19 . ‘Menang Pertempuran Ini Lebih Besar’

Veteran Perang Dunia II Bebas COVID-19 . ‘Menang Pertempuran Ini Lebih Besar’  | Ramai yang menjangkakan bahawa mereka yang terkena jangkitan COVID-19 ini adalah dalam kalangan warga emas dan golongan yang mempunyai sakit kronik. Ada juga kajian yang menunjukkan kebanyakan kematian membabitkan pesakit lelaki berbanding wanita.

Namun, kajian berkenaan tidaklah 100 peratus benar kerana ada juga laporan di seluruh negara menunjukkan beberapa warga tua mampu sembuh daripada wabak COVID-19 ini.

Salah seorangnya, veteran Perang Dunia Kedua, Ermando Piveta, 99, menjadi warga Brazil tertua yang bebas daripada wabak COVID-19 pada Selasa.

Dengan memakai topi tentera dan memberi salam sambil duduk atas kerusi rodanya, Piveta meninggalkan Hospital Angkatan Bersenjata di Brazil, dengan tepukan daripada petugas perubatan dan tentera.

“Memenangi pertempuran ini bagi saya lebih besar daripada memenangkan pertempuran ketika perang,” kata veteran perang ini mengenai perjuangannya melawan musuh yang tidak kelihatan.

“Dalam perang, anda membunuh atau hidup. Di sini anda harus berjuang untuk hidup,” tambahnya.

Piveta adalah leftenan kedua dalam pasukan Tentera Brazil ketika Perang Dunia Kedua dan berkhidmat di Afrika.

veteran perangVeteran Perang Sembuh Kerana Lifestyle Seorang Tentera

Dua minggu lalu, beliau menjalani ujian dan didapati positif COVID-19, dan menghabiskan dua hari di wad rawatan intensif hospital selepas mengalami radang paru-paru.

Tetapi beliau tidak pernah memerlukan ventilator dan pulih kerana bentuk fizikalnya yang baik berikutan latar belakang kehidupan sebagai tentera dan umur panjang dengan diurus oleh keluarganya, kata pengarah hospital itu.

Piveta dibenarkan keluar dari hospital dan menganggap ia sebagai saat yang ‘cerah’ untuknya dalam senario yang semakin ‘gelap’ kerana wabak itu semakin serius melanda Brazil, sepanjang minggu ini.

Piveta bagaikan manusia yang bertuah kerana mampu melawan penyakit yang belum mempunyai vaksin ini sedangkan mereka yang sebaya dengannya tidak menerima nasib sama.

Ini disebabkan oleh faktor kesihatan badan seseorang menjadi faktor utama kekuatan badan melawan jangkitan yang hadir. Setakat ini pesakit COVID-19 yang tertua telah sembuh direkodkan:

  1. Seorang wanita dari Iran berumur 103 tahun
  2. Warga tua yang dikenali sebagai ‘Mr.P’ dari Itali berusia 101 tahun
  3. Thomas Abraham dari India pulih COVID-19 pada usia 93 tahun
  4. Bill Lapschies dari Amerika Syarikat, 104 tahun dan pernah merasai sendiri pengalaman melalui wabak ‘Spanish flu’.

Sumber: The Star

Baca Selanjutnya

Veteran Perang Dunia II Bebas COVID-19 . ‘Menang Pertempuran Ini Lebih Besar’ 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here