Home All Isu Semasa Ustazah Shadiya Abbas, Sebuah Kematian Yang Tertangguh.

Ustazah Shadiya Abbas, Sebuah Kematian Yang Tertangguh.

32188
2
Ustazah Shadiya Abbas, Sebuah Kematian Yang Tertangguh.

“Kalau beginilah rasanya mati, saya nak mati!” kata Ustazah Shadiya Abbas sewaktu menceritakan pengalaman beliau semasa kemalangan pada 2018 kepada kami bulan lalu.

Siapa sangka 2 tahun selepas kemalangan ngeri yang dihadapi al marhumah bersama suami iaitu pada tanggal 11 April 2018 akhirnya Ustazah Shadiya Abbas pergi jua mengadap ilahi.

Ajaibnya ketentuan ALLAH, ketika kemalangan yang mengakibatkan wajah beliau koyak dek kerana percikan kaca. Ditambah dengan tangannya juga patah, boleh dikatakan cukup parah keadaannya waktu itu bahkan polis yang menguruskan kemalangan tersebut juga menganggap tiada harapan hidup bagi mangsa namun ALLAH masih memberikan kesempatan untuk beliau terus bernafas.

Ustazah Shadiya Abbas, Sebuah Kematian Yang Tertangguh.

Pagi ini selepas mendapat berita yang mengejutkan usai solat subuh, saya termenung seketika memikirkan perkenalan singkat antara kami.

Saya sudah mengenali Ustazah Shadiya Abbas sebelum ini tetapi sekadar maklum akan nama beliau sahaja.

Nak jadi ceritanya pada tahun ini, saya menerima banyak permintaan masjid2 yang mahu adakan program kuliah muslimat bersama Ustazah Asma Harun. Banyak sangat… sehingga saya fikirkan perlu cari solusi kerana saya juga maklum akan jadual Ustazah Asma’ yang cukup padat.

Dalam saya sedang dok berfikir2, atas kuasa ALLAH youtube tiba2 hantar notifikasi pada telefon saya berkaitan ada kemaskini ceramah terbaru Ustazah Shadiya Abbas di channel Medina Studio. Saya cuba dengar kemudian terus terfikir sesuatu.

Saya harap ini satu petunjuk yang Tuhan hendak beri. Dengan bantuan teman baik, saya dapat berhubung dengan Ustaz MK Azman iaitu suami ustazah dan kami terus setkan tarikh awal Mac 2020 sebagai program pertama Ustazah di Johor Bahru di bawah kendalian kami. Alhamdulillah….

Dalam perkenalan singkat sekitar sebulan yang lalu saya menjadi saksi Ustazah Shadiya Abbas adalah seorang yang sangat baik. Saya sempat katakan pada beliau, “Ustazah, saya minta maaf banyak2 jika banyak kekurangan. Samada dari segi penganjuran dan mungkin saguhati yang tak seberapa.”

Iyalah, ramai yang kurang mengenali beliau manakala kehadiran Ustazah Shadiya Abbas pula saat Jabatan Agama Johor baru sahaja membuat penguatkuasaan tak benarkan penceramah luar Johor berprogram di masjid surau sehingga hampir semua program yang diatur untuk masjid surau terpaksa dibatalkan saat akhir.

Oleh kerana kesediaan ustazah sendiri, saya cuba aturkan juga pengajian muslimat dibeberapa lokasi melibatkan rumah ngaji dan tahfiz. Maklum akan lokasi2 tersebut juga punya sumber kewangan yang terhad maka saguhati kepada ustazah sekadarnya sahaja. Tetapi selepas berakhir semuanya kata ustazah tak perlu bimbang, dia OK sahaja bahkan bersedia jika dijemput lagi. ALLAHuakbar….

Sempat juga saya catitkan sedikit kata2 nasihat ustazah dalam program beliau yang saya hadiri. Moga2 ia menjadi jariah juga kepada beliau. In shaa Allah…

Antara nasihat Ustazah Shadiya Abbas

Menjadi seorang asatizah/penceramah adalah antara profesion yang paling bahaya kerana berdepan risiko sebagai orang yang selalu menyatakan agar orang lain melakukan kebaikan2 tetapi mereka sendiri mengabaikan apa yang mereka nasihatkan.

Sebagai seorang wanita pertahankanlah apa yang patut dipertahankan walau apa jua keadaan yang menimpa. Yang paling utama bagi seorang wanita adalah AURAT. Ustazah menceritakan pengalaman beliau semasa kemalangan, habis digunting segala pakaian beliau sebagai prosedur pengubatan sehingga yang termampu ketika itu hanya stoking sahaja. Bayangkan dengan mulut yang koyak beliau diberi kekuatan memberi isyarat agar stokingnya tak ditanggalkan.

Ustazah menyeru kepada para wanita pertahankan hijab bermula dari kalangan ahli keluarga. “Bila lagi kita mahu anak2 kita pelihara aurat mereka jika bukan dari sekarang. Takkanlah sudah jadi jenazah baru kita nak paksa mereka tutup aurat!” antara bait kata ustazah.

Setiap ujian dan musibah yang kita hadapi adalah salah satu medium untuk ALLAH menambah keimanan kita.

Ustazah sempat berkongsikan satu doa yang beliau sentiasa amalkan termasuk sewaktu dan selepas ditimpa kemalangan. Doa tersebut adalah doa ismul adzom.

Beliau membaca doa ini semasa kemalangan sambil mengharapkan tiada kematian jiwa pada ketika itu dan ALLAH memperkenankan doa ustazah saat itu apabila semua yang terlibat termasuk anak juga suami beliau yang rusuknya patah 7 terselamat.

Doa tersebut pernah dikongsikan oleh Ustaz Rifqi dan Dr MAZA juga sebelum ini.

Boleh sahaja diamalkan oleh kita semua sebagaimana kandungan hadith ini:

عَنْ أَنَسٍ أَنَّهُ كَانَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- جَالِسًا وَرَجُلٌ يُصَلِّى ثُمَّ دَعَا اللَّهُمَّ إِنِّى أَسْأَلُكَ بِأَنَّ لَكَ الْحَمْدَ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ الْمَنَّانُ بَدِيعُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ يَا ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ.
فَقَالَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- « لَقَدْ دَعَا اللَّهَ بِاسْمِهِ الْعَظِيمِ الَّذِى إِذَا دُعِىَ بِهِ أَجَابَ وَإِذَا سُئِلَ بِهِ أَعْطَى »

Dari Anas, dia pernah bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam yang dalam keadaan duduk lantas ada seseorang yang solat, kemudian dia berdo’a,

“Allahumma inni as-aluka bi-anna lakal hamda, laa ilaha illa anta al-mannaan badii’us samaawaati wal ardh, yaa dzal jalali wal ikram, yaa hayyu yaa qayyum [ertinya: Ya Allah, aku meminta pada-Mu kerana segala puji hanya untuk-Mu, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Yang Banyak Memberi Kurnia, Yang Menciptakan langit dan bumi, Wahai Allah yang Maha Mulia dan Penuh Kemuliaan, Ya Hayyu Ya Qayyum –Yang Maha Hidup dan Tidak Bergantung pada Makhluk-Nya-].”

Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sungguh dia telah berdo’a pada Allah dengan nama yang agung di mana siapa yang berdo’a dengan nama tersebut, maka akan dikabulkan. Dan jika diminta dengan nama tersebut, maka Allah akan beri.” (Hadis riwayat Abu Daud no. 1495 dan An-Nasa’i no. 1301. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahawa sanad hadits ini sahih).

Saya tak sedar bahawa selama ini saya juga turut berada dalam satu grup dakwah bersama al-Marhumah Ustazah Shadiya Abbas dan saya bersaksi sekali lagi tiada yang dilontarkan oleh beliau melainkan nasihat2 yang baik sahaja.

Sungguh, kematian beliau yang tertangguh sejak dari kemalangan ngeri yang dihadapinya dua tahun lalu memberi banyak hikmah dan pengajaran kepada kita semua.

Moga Allah memberi ketabahan kepada semua ahli keluarga yang ditinggalkan dan menempatkan Ustazah Shadiya Abbas di kalangan hamba2Nya yang soleh.

Amin Ya Rabbal ‘alamin….

Kredit: Khadam Kuliah

#catatankhadamkuliah

Baca Selanjutnya

Ustazah Shadiya Abbas, Sebuah Kematian Yang Tertangguh. 1

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here