Home All Isu Semasa Ustazah Shadiya Abbas Selamat Dikebumikan, Pemilik Liang Lahad Yang Cantik Dan Sejuk...

Ustazah Shadiya Abbas Selamat Dikebumikan, Pemilik Liang Lahad Yang Cantik Dan Sejuk Didalamnya. – Pengurus Jenzah

35403
0
Ustazah Shadiya Abbas Selamat Dikebumikan, Pemilik Liang Lahad Yang Cantik Dan Sejuk Didalamnya. - Pengurus Jenzah

Allahyarham ustazah Shadiya Abbas yang meninggal dunia akibat sesak nafas di Hospital Sungai Buloh, semalam disahkan negatif Covid-19.

Perkara tersebut dikongsi suami arwah, MK Azman menerusi sebuah posting dimuat naik di Facebook pada tengahari tadi.

Alhamdulillah jenazah negatif Covid-19 lepas 2 kali buat ujian

Ustazah Shadiya Abbas Selamat Dikebumikan, Pemilik Liang Lahad Yang Cantik Dan Sejuk Didalamnya. - Pengurus Jenzah

Menerusi posting berbeza, MK Azman turut berkongsi dedikasi istimewa buat Allahyarham ustazah Shadiya Abbas yang berusia 40 tahun itu sehingga mengundang sebak warganet yang membaca luahan tersebut.

Perjalanan terakhir

Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..

💕 Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.

💞 Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.

Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah & liang lahad yang cantik

💞 Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini. Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.

💞Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.

Terima kasih kepada semua yang membantu

💞 Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya ustazah Shadiya Abbas, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.

💞Jom kita sama² baca doa ini
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها

Terdahulu, Allahyarham ustazah Shadiya Abbas yang pernah menjadi pengacara program keagamaan dan penyampai radio Ikim FM meninggalkan suami dan dua cahaya mata.

Sumber : MK Azman

Ustazah Shadiya Abbas Selamat Dikebumikan, Pemilik Liang Lahad Yang Cantik Dan Sejuk Didalamnya. - Pengurus Jenzah 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here