Home All Isu Semasa Ustaz Ebit Lew Luah Hasrat Mahu Buka Pasar Raya Elews Mart

Ustaz Ebit Lew Luah Hasrat Mahu Buka Pasar Raya Elews Mart

2791
0
Ustaz Ebit Lew Luah Hasrat Mahu Buka Pasar Raya Elews Mart

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew luah hasrat untuk membuka 10 cawangan pasar raya yang menjual barangan runcit.

Bakal menamakannya sebagai Elews Mart, hasrat yang diluahkan menerusi satu hantaran Facebook itu turut memohon doa daripada orang ramai agar hasratnya itu dimakbulkan dan menjadi asbab kebaikan.

Ini juga merupakan antara proses memudahkan pembelian barang keperluan untuk golongan yang memerlukan di masa hadapan.

Sedia maklum sepanjang PKP, Ustaz Ebit Lew banyak membuat sumbangan dari segi barang keperluan kepada mereka yang memerlukan.

Pohon doakan teringin nak buka 10 cawangan Elews Mart jual barang runcit. Doakan yer semoga jadi asbab kebaikan-ebitlew

Posted by Ebit Lew on Thursday, May 21, 2020

Mendapat kata-kata sokongan dan positif daripada netizen, ramai yang menyambut baik hasrat Ebit itu mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki supaya dapat membantu lebih ramai mereka yang sedang dalam kesusahan.

Ustaz Ebit Lew

Terdahulu, tindakan Ebit Liew bantu golongan asnaf dibidas beberapa pegawai jabatan kerajaan negeri Kedah. Tindakan beliau kali ini yang memberi bantuan kepada golongan asnaf di Kedah ‘tidak disenangi’ oleh kakitangan di pejabat Menteri Besar Kedah yang mengatakan telah menerima kecaman teruk daripada masyarakat kerana tidak cakna dengan kesusahan rakyat di negeri itu.

Pegawai di jabatan berkenaan menerusi laman Facebooknya menjelaskan sewajarnya sebelum memberikan sebarang bantuan, pihak mereka perlu dimaklumkan terlebih dahulu.

Katanya hanya kerana cerita tular di satu pihak sahaja, bukan sahaja penduduk yang terpaksa menerima tempias malah pihak masjid, pihak zakat dan tuan tanah telah menerima kritikan netizen yang bertindak tanpa menyelidik cerita di sebaliknya.

 BACA: Jangan Tinggal 14 Amalan Ini Untuk Kaya, Baca Perkongsian Ustaz Ebit Lew

Selepas tularnya mengenai hal ini, ramai yang meminta Ebit agar jangan mengambil hati dengan apa yang terjadi dan teruskan menyebarkan kebaikan kepada mereka yang memerlukan.

Ustaz Ebit Lew Luah Hasrat Mahu Buka Pasar Raya Elews Mart 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here