Home All Keluarga Ustaz Ebit Lew Kongsi Punca Isteri Dikecewakan Suami di Saat Mengandung

Ustaz Ebit Lew Kongsi Punca Isteri Dikecewakan Suami di Saat Mengandung

1470
0
Ustaz Ebit Lew Kongsi Punca Isteri Dikecewakan Suami di Saat Mengandung

Ustaz Ebit Lew Kongsi Punca Isteri Dikecewakan Suami di Saat Mengandung | Sedih bila dengar luahan ramai wanita yang ditipu dan dikecewakan suami di saat mengandung atau sedang penat mengurus keluarga anak-anak bahkan tolong suami cari rezeki semua siang malam. Semoga Allah beri jalan terbaik buat mereka.

Sebenarnya semuanya berpunca dari iman yang lemah dan lupa tujuan hidup yang sebenarnya. Bila kita niat cinta sayang kerana Allah. Tanggungjawab untuk alang-alang nikah biar sampai syurga. Bukan cinta sampai mati. Tapi cinta sampai syurga. Cinta selama-lamanya.

Semoga Allah selamatkan rumahtangga kita semua dari fitnah dan beri bahagia sampai syurga Firdaus. Ya Allah selamatkanlah rumahtangga kami ini biarlah kami layari sehingga syurga FirdausMu. Hanya RedhaMu yang kami harapkan.

BACA JUGA : Akhlak Suami Terhadap Isteri Hamil, Sikap Tidak Ambil Peduli Memberi Kesan Buruk Pada Isteri

isteri

Rumahtangga ini diasaskan cinta, tanggungjawab dan belas kasihan kasih sayang. Apa kita ingin untuk kita. Itu juga kita ingin untuk pasangan kita. Kita ingin bahagia, bina bersama pasangan halal kita.

Pasangan Anda Terutama Isteri Memang Perlu Di manjakan

Ingin dimanja, kita dulu manjakan pasangan. Ingin layanan yang baik. Beri layanan yang baik. Ingin apapun minta dari pasangan yang Allag takdirkan untuk kita. Tiada yang sempurna didunia, Allah sempurnakan dalam syurga. Sempurna itu pada hati bermula dari rasa syukur pada Allah.

Kerana itu penting beri masa bersama. Makan bersama. Berjalan bersama. Walau adik beradik ipar ada batasan dalam pergaulan. Walau adik beradik kita asingkan tempat tidur yang berlainan jantina. Inikan pula orang lain yang bukan mahram.

Makan bersama boleh buat jatuh cinta. Berjalan bersama. Time = Love. Dengan siapa kita beri masa selalu akan datang rasa sayang dan cinta. Kerana itu jangan makan berdua dengan isteri orang atau suami orang. Nanti jatuh cinta. Pentingnya batasan dalam pergaulan. Walau berniaga. Walau outstation. Walau kemana pun. Jagalah batasan pergaulan kerana Allah untuk Allah sayang.

Sedihkan rumahtangga mahligai bahagia yang dibina dengan air mata darah pengorbanan anak isteri. Asalnya rumahtangga dilayari dengan cinta. Anak-anak berlari bahagia. Allahuakbar. Benarlah jodoh ajal maut sudah menjadi ketetapan Allah.

Tetapi siapa aniaya sesiapa atau zalimi sesiapa terutama pasangan yang halal yang baik sekian lama pasti kita bertanggungjawab di akhirat nanti.

Sumber: Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew Kongsi Punca Isteri Dikecewakan Suami di Saat Mengandung 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here