Home All Isu Semasa Ustaz Ebit Lew Gayat Naik Jambatan Gantung di Sabah, Tapi Gigih Demi...

Ustaz Ebit Lew Gayat Naik Jambatan Gantung di Sabah, Tapi Gigih Demi Salur Bantuan!

1694
0
Ustaz Ebit Lew Gayat Naik Jambatan Gantung di Sabah, Tapi Gigih Demi Salur Bantuan!

KISAH pengembaraan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew ke serata Malaysia dalam membantu golongan memerlukan bukanlah satu perkara yang asing.

Saban hari, ada sahaja kisah-kisah yang dikongsikan sehingga membuka mata banyak pihak.

Terbaharu, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau berkunjung ke negeri di bawah bayu, Sabah.

Dalam posting yang dikongsi pada Ahad, foto Ebit yang sedang meniti jambatan gantung di Kampung Rangalau, Kota Belud, cukup mencuri perhatian ramai.

“Menjejaki orang susah buat hati saya rasa sedih je, sayu. Nak jumpa seseorang kena naik bot, lalu jambatan gantung.

BACA: Jangan Tinggal 14 Amalan Ini Untuk Kaya, Baca Perkongsian Ustaz Ebit Lew

“Saya tak berani naik tinggi macam ni. Dah suku, patah semula di jambatan gantung. Tapi bila kenangkan dan rasa sayang pada seorang makcik berbangsa Bajau Sabah tinggal dalam khemah sebelah sana, alas tanah. Terus jadi berani.

Ustaz Ebit LewPertemuan Ebit dengan seorang wanita berketurunan Bajau, Sabah sebagaimana dikongsi di Facebook.

“Bergoyang rasa. Jambatan tu macam berpusing. Pandang ke bawah takut rasa. Kena pandang depan. Tapi tengok anak kecil boleh berlari je dari hujung ke hujung,” ujarnya.

Kata Ebit, orang Sabah cukup ramah dan cepat mesra biarpun baru pertama kali berjumpa. Malah, dia turut memuji warga setempat di sana yang tidak lokek dengan senyuman.

Dalam satu posting berasingan, Ustaz Ebit Lew turut memperincikan pertemuannya dengan warga emas berketurunan Bajau itu.

“Sekali sampai rumah, khemah dah runtuh kena angin kuat. Makcik ini menumpang tinggal di rumah anaknya. Rumah anaknya pun usang dan tiada elektrik dan air pun.

“Mandi sungai. Makcik ini cuma minta sedikit zink dan papan untuk tampal atap bocor hujan masuk rumah dah. Lantai nak runtuh juga.

Ustaz Ebit Lew

Antara foto yang dikongsi di Facebook Ustaz Ebit Lew .

“Makcik juga ingin pam air. Saya beri sedikit belanja. Makcik gelak seronok. Sambil makan sireh je,” kata Ustaz Ebit Lew.

Pada masa sama, Ustaz Ebit Lew turut mendedahkan dia sudah meminta nombor telefon agensi bukan kerajaan (NGO) setempat untuk membantu membeli beberapa barangan keperluan buat warga emas itu.

Ustaz Ebit LewUstaz Ebit Lew berkata rakyat Sabah cukup mesra dan tidak lokek dengan senyuman.

Di ruangan komen, ramai netizen turut memuji kehadiran Ustaz Ebit Lew ke negeri itu untuk membantu golongan yang memerlukan.

Malah, ramai yang turut mendoakan Ebit agar terus dimurahkan rezeki dalam meneruskan lagi kerja-kerja kebajikannya.

BACA: Beza Agama Bukan Halangan, Ebit Lew Masuk Kuil Serah Bantuan Buat Sami Hindu

Ustaz Ebit Lew Gayat Naik Jambatan Gantung di Sabah, Tapi Gigih Demi Salur Bantuan! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here