Home All Tazkirah Ustaz Don Kongsi 10 Adab Bekerja Yang Harus Anda Amalkan Supaya Rezeki...

Ustaz Don Kongsi 10 Adab Bekerja Yang Harus Anda Amalkan Supaya Rezeki Berkat

1411
0
Ustaz Don Kongsi 10 Adab Bekerja Yang Harus Anda Amalkan Supaya Rezeki Berkat

Ustaz Don Kongsi 10 Adab Bekerja Yang Harus Anda Amalkan Supaya Rezeki Berkat  | Siapa yang tidak mahukan pekerjaan yang halal diberkati dan yang paling penting diredai Allah.

Justeru islam menggariskan beberapa adab bekerja yang harus diamalkan oleh penganutnya yang beriman tidak kiralah di dalam apa jua sektor perkerjaan dan jenisnya baik sektor awam, swasta,bekerja sendiri, eksekutif juga bukan eksekutif.

Menerusi Instagram, pendakwah terkenal Ustaz Don Daniyal Don Biyajid, telah berkongsi secara ringkas 10 adab tersebut kepada orang ramai.

Dibawah kami kongsikan kesemua adab tersebut seperti yang dikongsikan Ustaz Don sebagai ilmu berguna untuk anda :

10 Adab Bekerja

1. Membaca doa sebelum keluar rumah
Menerusi pencarian kami antara surah yang elok di amalkan adalah ‘Dengan nama Allah, aku bertawakal dengan Allah dan tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Yang Maha Agung.

Ustaz Don Kongsi 10 Adab Bekerja Yang Harus Anda Amalkan Supaya Rezeki Berkat 1

BACA JUGA: 2 Perkataan Ini Cukup Untuk Sebuah Perkahwinan Bahagia, Ini Perkongsian Ustaz Don Danial

2. Niat keluar bekerja ikhlas kerana Allah SWT untuk mencari rezeki yang halal untuk diri dan keluarga serta menyumbang kepada masyarakat.

3. Bekerja dengan bersungguh-sungguh dan berusaha gigih

4. Menunaikan tugas dalam pekerjaan dengan jujur serta amanah

5. Tidak terbabit dengan pekerjaan haram atau syubhah (sesuatu yang tidak jelas halal-haramnya)

adab bekerja6. Tidak melakukan perbuatan dosa dan mungkar kerana ia boleh menjadi sebab terhalangnya rezeki

7. Sentiasa bersyukur dengan apa yang diperoleh

8. Bersedekah kerana sebahagian apa yang diperolehnya juga menjadi hak orang lain

9. Tidak menjadikan alasan sibuk mencari rezeki untuk tidak beribadat

10. Bertawakal kepada Allah SWT selepas melaksanakan tugasan atau pekerjaan.

Jadi buat anda yang beragama islam yang sentiasa mahukan rezeki dan pekerjaan yang halal diberkati. Amalkanlah kesemua adab bekerja ini .

SOURCE: IG

Ustaz Don Kongsi 10 Adab Bekerja Yang Harus Anda Amalkan Supaya Rezeki Berkat 2

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here