Home All Isu Semasa Ujian Pentaksiran UPSR & PT3 Untuk Masuk Sekolah Asrama 2021, Anak Anda...

Ujian Pentaksiran UPSR & PT3 Untuk Masuk Sekolah Asrama 2021, Anak Anda Sudah Bersedia?

2155
0
Ujian Pentaksiran UPSR & PT3 Untuk Masuk Sekolah Asrama 2021, Anak Anda Sudah Bersedia?

Ujian Pentaksiran UPSR & PT3 Untuk Masuk Sekolah Asrama 2021, Anak Anda Sudah Bersedia? | Tidak dinafikan, salah satu pencapaian dalam dunia mana-mana pelajar sekolah menengah adalah penerimaan kemasukan ke sekolah asrama penuh ataupun dalam terma baharunya, Sekolah Khusus.

Namun disebabkan ketiadaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Tingkatan 3 (PT3) pada tahun ini disebabkan pandemik wabak Covid-19, Kementerian Pendidikan (KPM) semalam telah memperkenalkan cara baru untuk menaksir pelajar yang layak diterima masuk.

Jangan ingat korang tiada peperiksaan besar tahun ini, boleh senang-senang masuk ke Sekolah Khusus seperti sekolah asrama penuh! Hehe..

sekolah asrama

Bagi mereka yang bercita-cita untuk menyertai Sekolah Khusus seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD)… korang akan dikehendaki menduduki sesi peperiksaan secara berpusat di 555 buah pusat pentaksiran yang ditetapkan di seluruh negara.

Sebelum itu, pelajar perlu memohon di pautan khas yang disediakan oleh KPM secara dalam talian (online). Korang boleh mengakses pautan di bawah:

Kemasukan ke Tingkatan Satu

Kemasukan ke Tingkatan Empat 

Permohonan ini akan dibuka bermula 7 September sehingga 2 Oktober hadapan. Manakala semakan pusat pentaksiran pula akan diumumkan pada tarikh seperti di bawah:

Untuk pentaksiran Tingkatan Satu : 7 – 23 Oktober

Untuk pentaksiran Tingkatan Empat & Tahun Pertama Sekolah Vokasional Malaysia (SVM): 12 Oktober – 6 November

Tarikh Ujian Pentaksiran Untuk Sekolah Berasrama

Menurut KPM lagi, pentaksiran ini akan merangkumi TIGA bahagian, iaitu Kecerdasan Insaniah (20%), Kecerdasaan Intelektual (70%) dan Artikulasi Penulisan (10%).

Tarikh ujian pentaksiran ini telah ditetapkan sepeti di bawah, namun tarikh bagi setiap calon akan dimaklumkan semasa semakan pentaksiran dibuka:

Ujian pentaksiran Tingkatan Satu : 12 – 23 Oktober

Ujian pentaksiran Tingkatan Empat & Tahun Pertama Sekolah Vokasional Malaysia (SVM): 26 Oktober – 6 November

*Maklumat lanjut berhubung pentaksiran ini akan dimaklumkan menerusi portal KPM pada 1 September ini. Jangan lupa semak ya!

BACA JUGA: Jangan Perlekeh Murid Kelas Belakang, Guru Ini Kongsi Kisah Murid Lemah Akademik Tapi Hebat

Ujian Pentaksiran UPSR & PT3 Untuk Masuk Sekolah Asrama 2021, Anak Anda Sudah Bersedia? 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here