Home All Unsung Hero, Anak Pekerja Kebersihan Bangga Bapa ‘Berjuang’ Ketika Covid-19

Unsung Hero, Anak Pekerja Kebersihan Bangga Bapa ‘Berjuang’ Ketika Covid-19

1611
1

Unsung Hero, Anak Pekerja Kebersihan Bangga Bapa ‘Berjuang’ Ketika Covid-19 | Petugas kesihatan dan angkatan pertahanan merupakan antara barisan hadapan yang masih gigih menjalankan tugas dalam mengawal penularan rantaian Covid-19.

Namun begitu, beberapa sektor penting juga tidak boleh dipandang enteng kerana menjadi nadi dalam kelangsungan setiap negara ketika ini.

Selain penghantar makanan, pekerja kebersihan turut menjadi frontliner ketika dunia berhadapan dengan pendemik Covid-19.

Menerusi satu perkongsian seorang penulis blog dari Singapura di kenali sebagai Syazwan Majid, dia telah menceritakan ketabahan bapanya yang mahu keluar berkhidmat sebagai pekerja kebersihan walaupun diusia emas.pekerja kebersihan

pekerja kebersihan

Dalam penulisannya,dia menggesa agar orang ramai terus duduk di rumah dan sama-sama memutuskan rantaian wabak ini bagi kesejahteraan semua terutamanya mereka yang sudah berusia kerana mereka ebih terdedah dengan pendemik tersebut.

Hal ini sedikit sebanyak mengurangkan risiko mereka yang terpaksa keluar bekerja seperti frontliner kerana mereka tetap keluar bekerja demi memastikan seluruh rakyat berada dalam keadaan selesa ketika berada dirumah.

pekerja kebersihan

Di akhir coretan tersebut, sumber memaklumkan bahawa gambar yang diambil adalah semasa bapanya sedang bersiap untuk keluar bekerja selepas waktu Sahur.

Semoga Pekerja Kebersihan Dilindungi Allah

Momen tersebut pastinya meninggalkan rasa sebak apabila melihat seorang bapa yang sudah berusia keluar bekerja ketika pandemik. Semoga Allah S.W.T terus memberikan kesihatan yang baik buatnya.

pekerja kebersihan

pekerja kebersihan

Sumber : Syazwan Majid

Baca Selanjutnya

Unsung Hero, Anak Pekerja Kebersihan Bangga Bapa ‘Berjuang’ Ketika Covid-19 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here