Uncle Cina Hidup Terbiar Peluk Islam, Selepas Dibantu Pemuda Melayu. | Dalam keadaan serba kekurangan ketika ini, masih ada lagi insan yang lebih menderita. Hidup bergelandangan ketika usia sudah semakin senja sememangnya satu perkara yang amat meyedihkan jika diihat orang lain.
Lebih menyayat hati apabila tiada tempat tinggal ketika semua orang diminta untuk duduk dirumah bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19.
Uncle Cina Tidur ditepi tangga seorang diri
Kisah sedih tersebut dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Izham Tarmizi apabila membantu seorang warga emas yang tinggal di tepi tangga kawasan perumahan PPR.
Menurut Izham, lelaki berbangsa Cina itu sudah 6 hari tinggal ditepi rumahnya. Kasihan melihat keadaan lelaki itu, Izahm telah mencari inisitif menghubungi Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menempatkan lelaki itu di tempat yang lebih selamat.
Dapat bertemu anak OKU
Dalam perkongsian sumber lagi, lelaki Cina itu mempunyai seorang anak kelainan upaya (OKU) yang juga kesempitan wang di Kuala Lumpur dan tersangkut disana.
Atas usaha dan bantuan JKM, lelaki Cina itu berjaya dibantu dan anaknya juga selamat sampai ke Johor Bahru dari Kuala Lumpur dengan hanya menaiki motosikal.
Peluk Islam lepas dibantu
Dalam perkongsian tersebut, apa yang paling mengharukan adalah apabila lelaki Cina itu dengan terbuka hati telah memeluk Islam sejurus selepas dibantu dan ditempatkan di JKM.
Menurut sumber, dia begitu sebak kerana lelaki tersebut memilih Islam dan hasrat tersebut sudah tercapai.
Pentingnya akhlak menyantuni non-muslim
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen positif diatas muat naik itu. mereka juga memuji dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pemuda tersebut yang dengan gigih membantu lelaki Cina itu tanpa sebarang prajudis.
Terima kasih kerana membantu
Mungkin kebaikan keluarga adik Uncle Cina ni dapat hidayah
Sumber : Izham Tarmizi

[…] perbualan bersama warga emas OKU tersebut, dia mengatakan bahawa dia duduk di kawasan Kampung Laksamana. Dia turut memberitahu […]
[…] BACA: Uncle Cina Hidup Terbiar Peluk Islam, Selepas Dibantu Pemuda Melayu. […]