Home All Isu Semasa Sempena Ulang Tahun ke 35, PROTON Saga Edisi Khas Diperkenalkan!

Sempena Ulang Tahun ke 35, PROTON Saga Edisi Khas Diperkenalkan!

853
0
Sempena Ulang Tahun ke 35, PROTON Saga Edisi Khas Diperkenalkan!

Sempena Ulang Tahun ke 35, PROTON Saga Edisi Khas Diperkenalkan! | Bagi menyambut ulangtahun ke 35 tahun pengeluarannya di Malaysia, Proton telah melancarkan model Proton Saga Edisi Khas hari ini. Apa yang menariknya, model Edisi Khas ini hanya terhad kepada 1,100 unit sahaja bermakna ianya eksklusif kepada pembelinya.

Model Proton Saga Edisi Khas ini ditawarkan pada harga bermula RM39,300 sama seperti Saga Premium AT sedia ada selepas ditolak rebat cukai jualan. Model kali ini juga diperkenalkan dengan warna hitam dan kuning untuk hiasan luaran dan dalaman.

Hadir sama dengan model edisi ulang tahun itu adalah pakej aksesori termasuk Front Skirting, Side Skirtings, Door Visors, Hood Insulator, Trunk Lid Cover dan Boot Tray yang berharga pada RM2,035.

BACA: Selepas 5 Tahun Inilah Model Kereta Di Malaysia Yang Resale Value Tinggi

PROTON Saga PROTON Saga

PROTON Saga

Manakala pemilik model Saga 2019, boleh mendapatkan aksesori berkenaan secara berasingan berharga RM315, menyaksikan penjimatan kos hebat berbanding jika dibeli berasingan yang berjumlah RM2,350.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Dr Li Chunrong berkata Saga Edisi Ulang Tahun adalah hadiah istimewa pada hari yang istimewa untuk rakyat Malaysia. Orang ramai boleh mendapatkan model Edisi Khas ini selepas ianya baru saja dilancarkan pada tengahari tadi.

Sejak diperkenalkan 35 tahun lalu, Proton Saga sudah dijual sebanyak 4,150,035 unit.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut memuatnaik ucapan selamat ulang tahun sempena 35 tahun Proton Saga dikeluarkan. Proton dilihat menjadi pemangkin perindustrian ekonomi negara dan menjadi salah satu negara di dunia yang mengeluarkan kereta sendiri.

Meihatkan jumlah unit yang terhad untuk model Edisi Khas ini, pastinya ianya akan menjadi model yang unik dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Bagi yang ingin mendapatkan model Proton Saga Edisi Khas ini boleh mengunjungi pusat jualan atau melakukannya secara dalam talian.

BACA: Antara 10 Poster Iklan Klasik Yang Membawa Anda Mengimbau Kenangan Lalu

Sempena Ulang Tahun ke 35, PROTON Saga Edisi Khas Diperkenalkan! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here