Twitter KWSP Dikecam Netizen Kerana Membuat Perbandingan Menyentuh Sensitiviti Kewangan. | Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat pelbagai syarikat serta badan kerajaan semakin aktif dalam mengeluarkan infografik dalam usaha untuk berkongsi info kepada orang ramai.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nampaknya antara yang tidak melepaskan peluang untuk berkongsi infografik.
Melalui perkongsian terbaru, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah membuat perbandingan beza baki simpanan selepas 30 tahun sekiranya seseorang individu mengeluarkan RM500 setiap bulan yang merujuk kepada i-Lestari dengan individu yang tidak mengeluarkannya. Infografik yang dikongsikan adalah seperti di bawah.
BACA JUGA: Hibah Ke Wasiat, Mana Satu Pilihan Terbaik? Peguam Ni Jelaskan
Meskipun sekadar pemberitahuan kepada orang ramai, tweet daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ini didakwa tidak sensitif dengan keadaan orang ramai ketika ini yang terkesan dengan pandemik COVID-19 yang melanda.
Selain itu, menurut para netizen, pengeluaran i-Lestari buat para pencarum sudah pastinya digunakan untuk keperluan untuk melangsungkan kehidupan dan bukannya untuk dibelanjakan pada perkara yang tidak berfaedah dan sia-sia.
Tidak kurang juga yang berpendapat, mendapatkan semula RM19,461 dalam tempoh 30 tahun akan datang mungkin bukanlah prioriti sekiranya ketika ini memerlukan wang untuk meneruskan kehidupan.
Berikut merupakan antara respon netizen mengenai tweet daripada KWSP ini.
Silap. Bukan 19k. Dalam 6k jugak le. 5 tahun dari sekarang ganti ler 6k yang dikeluarkan tu. Settle. On paper je nampak kau kehilangan 19k
— Khairul 🇲🇾 Handsome (@UrghThisKhairul) August 25, 2020
I understand KWSP's rationale in discouraging withdrawal. When people are withdrawing their cash, they risk having insufficient retirement funds in the future.
But truth is, we're currently experiencing an economic turbulence. Many people are just broke. They need cash. Now.
— Faizal Hamssin (@faizalhamssin) August 25, 2020
Berdasarkan lambakan komen berbaur negatif dan kecaman yang diterima, Twitter KWSP telah memilih untuk membuang tweet tersebut beberapa jam selepas dimuat naik.
Untuk pengetahuan, KWSP i-Lestari telah diumumkan pada Mac lalu sempena pandemik COVID-19 yang melanda dimana para pencarum berpeluang mengeluarkan wang sebanyak RM500 sebulan khususnya buat mereka yang terkesan.
BACA JUGA: Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Tak Perlu Tunggu Pencen
