Home All Isu Semasa Tweet Dr. Dzulkefly Ahmad Yang Terakhir Sebagai Menteri Kesihatan Buat Warganet Terharu

Tweet Dr. Dzulkefly Ahmad Yang Terakhir Sebagai Menteri Kesihatan Buat Warganet Terharu

3179
0

Buat masa ini, terdapat 22 kes jangkitan coronavirus atau Covid-19 di Malaysia.

Dalam tweet terbaru Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, dia menyatakan, pesakit ke 19 dan ke 20 kini telah berjaya dirawat dan dikeluarkan dari hospital manakala dua pesakit lagi masih dirawat di hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Walaupun apa yang disampaikan olehnya ialah berita gembira, namun terselit berita duka kerana dia dianggap telah menjalan tugasnya sebagai Menteri Kesihatan dengan sebaik mungkin. Antara yang menyatakan penghargaan ialah pengamal perubatan sendiri.

Tweetnya telah dibalas oleh warganet dengan ucapan penghargaan atas perkhidmatan yang telah diberikan selama dia bertugas.

Dr Dzulkefly itelah dilantik sebagai Menteri Kesihatan pada 21 May 2018. Dia ialah ahli parlimen Kuala Selangor untuk Parti Amanah Negara atau AMANAH.

Tweet Dr. Dzulkefly Ahmad Yang Terakhir Sebagai Menteri Kesihatan Buat Warganet Terharu 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here