Home All Isu Semasa Tiada Lagi ‘Kepala Kuda’, Tusan Cliff Di Miri Runtuh

Tiada Lagi ‘Kepala Kuda’, Tusan Cliff Di Miri Runtuh

2295
0
tusan cliff

Tiada Lagi ‘Kepala Kuda’, Tusan Cliff Di Miri Runtuh. Batu kepala kuda atau sebenarnya tebingan batu merupakan tarikan utama pengunjung ke Pantai Tusan selain keindahan pantai dan pemandangan matahari terbenam. Namun demikian, sebuah saluran Youtube melaporkan bahawa batu kepala kuda tersebut telah pun runtuh.

Penduduk Sekitar Terkejut Batu Runtuh, Masih Kelihatan Beberapa Hari Lalu

Tiada Lagi ‘Kepala Kuda’, Tusan Cliff Di Miri Runtuh 1Tiada Lagi ‘Kepala Kuda’, Tusan Cliff Di Miri Runtuh. Sumber : Youtube Durian Flix

Tusan Cliff Didapati “Hilang”

Menerusi saluran Youtube Durian Flix, batu tersebut didapati telah hilang dari tebingan Pantai Tusan. Setelah diterbangkan drone untuk mengenal pasti dengan lebih lanjut kedudukan batu tersebut, didapati bahawa lambang ikonik Miri tersebut telah pun runtuh.

Untuk mendapatkan kepastian, individu dalam saluran tersebut menanyakan pekerja ladang berdekatan tentang kewujudan dan lokasi batu kepala kuda tersebut. Menurut pekerja tersebut, hanya ada satu sahaja batu berbentuk sedemikian di Pantai Tusan dan beliau sendiri terkejut apabila dimaklumkan bahawa struktur unik itu runtuh. Setelah dibawa sendiri ke lokasi batu tersebut, pekerja tersebut akhirnya mengesahkan bahawa batu tersebut telah runtuh.

Penduduk sekitar juga tidak mengetahui tentang runtuhan tarikan pelancongan utama di Miri itu. Namun, salah seorang penduduk tempatan menyatakan bahawa struktur batu tersebut agak tidak kukuh. Setakat ini, punca dan waktu runtuhan masih belum dapat dikenal pasti. Berkemungkinan ia berlaku dalam tempoh masa sehari atau dua hari lepas kerana batu kepala kuda ini masih kelihatan dalam minggu ini.

Tiada Lagi ‘Kepala Kuda’, Tusan Cliff Di Miri Runtuh 2Kredit : National Geography

Tusan Cliff atau dikenali dengan jolokan batu ‘kepala kuda’ merupakan sebuah gerbang batu yang terhasil akibat hakisan ombak pantai. Gerbang batu ini menjadi satu tarikan pelancongan di Pantai Tusan kerana bentuknya yang menyerupai kepala kuda yang sedang menunduk seolah-olah menghirup air di pantai.

Walau pun perkara ini belum mendapat pengesahan daripada pihak berkuasa tempatan, namun jika benar batu kepala kuda ini telah runtuh, maka Miri kini kehilangan permata pelancongan nya.

Tiada Lagi ‘Kepala Kuda’, Tusan Cliff Di Miri Runtuh 3

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here