Home All Isu Semasa Tulis Nama Betul Bukan Badang Atau Superman, DS Ismail Sabri Jelas Kenapa...

Tulis Nama Betul Bukan Badang Atau Superman, DS Ismail Sabri Jelas Kenapa Wajib Patuh SOP Ini!

2755
0
Tulis Nama Betul Bukan Badang Atau Superman, DS Ismail Sabri Jelas Kenapa Wajib Patuh SOP Ini!

Tulis Nama Betul Bukan Badang Atau Superman, DS Ismail Sabri Jelas Kenapa Wajib Patuh SOP Ini! | Bermula 4 Mei 2020 yang lalu, hampir semua sektor ekonomi dan aktiviti perniagaan akan dibenarkan beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan SOP yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Untuk premis perniagaan yang ingin beroperasi semula, beberapa SOP dan langkah mudah perlu dipatuhi.

Salah satunya ialah pelangan perlu mencatat nama dan nombor telefon serta tarikh dan masa mereka datang ke premis berkenaan . Ini penting kerana jika ada kes positif COVID 19 yang melibatkan salah seorang pelanggan, pelanggan-pelanggan lain yang datang pada hari itu boleh segera dikesan.

Namun, baru-baru ini Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana pihaknya dimaklumkan terdapat pengunjung yang meletakkan nama samaran dan nombor telefon palsu menyebabkan mereka tidak boleh dihubungi jika berlakunya kecemasan kes COVID-19.

tulis nama

Menurutnya, mereka menulis pelbagai nama bahkan ada yang tulis nama Badang, Superman dan Batman.

Tegas Ismail Sabri, tindakan itu bakal mendatangkan kesukaran kepada pemilik premis untuk menghubungi pelanggan sekiranya kes positif COVID-19 dikesan di premis tersebut.

“Kita dah putuskan bahawa hanya perlu nama dan nombor telefon kerana tujuan jika berlaku apa-apa, katakan ada positif COVID-19, kita boleh hubungi mereka yang meninggalkan nombor telefon dan yang datang ke premis tersebut.

BACA: PKP Fasa 4 Terbatal Dengan Bermula PKPB, Ini Peraturan Baharu Yang Perlu Anda Tahu

“Tapi saya difahamkan ramai orang tak beri nama yang betul, tak beri nombor telefon betul. Dia tulis sendiri, ada tulis nama dia badang, superman, batman, macam-macam. Jadi kalau jadi apa-apa, tak boleh nak hubungi dia.

tulis nama

“Sebab itu ada sesetengah premis mungkin meminta nama kad pengenalan supaya nama sebenar boleh diketahui. Jadi saya harap pengunjung premis perniagaan tulis nama dan nombor telefon sebenar,” katanya dalam sidang media.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai masih terdapat organisasi dan syarikat termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang meminta nombor kad pengenalan semasa mendaftar masuk ke premis mereka semasa PKPB.

Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata, kemungkinan premis meminta nama pada kad pengenalan supaya nama sebenar boleh diketahui.

Sebelum ini, kerajaan memutuskan bahawa pengunjung premis perniagaan hanya perlu meletakkan nama dan nombor telefon bagi memudahkan proses pengesanan kontak jika ada kes positif COVID-19 direkodkan di situ.

Ish, memainkan dorang ni, nanti dah terkena baru nak menyesal.

Sumber: BH

Tulis Nama Betul Bukan Badang Atau Superman, DS Ismail Sabri Jelas Kenapa Wajib Patuh SOP Ini! 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here