Tukang Kasut Hidup Seorang Diri, Jual Harta & Tinggal Sendirian Di Kedai Selepas Isteri Tiada | Mencari rezeki yang halal demi kelangsungan hidup bukanlah sesuatu yang mudah. Walaupun sukar, ia tetap dikerjakan demi memperoleh hasil yang dapat menyara keluarga dan diri sendiri.
Menerusi satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Aus Meshi, dia telah memuat naik beberapa gambar seorang lelaki warga emas yang menawarkan perkhidmatan menjahit kasut di sebuah kabin kecil.
Tukang Kasut Tinggal dalam kedai kecil
Dalam perkongsian tersebut, Aus memaklumkan bahawa pakcik tukang kasut itu telah menjual semua hartanya selepas isteri tersayang meninggal dunia.
Dia juga tidak mempunyai anak dan menjadikan kedai kecil itulah tempatnya berteduh disamping mencari rezeki demi kelangsungan hidup.
BACA JUGA : Sangka Tiada Nilai, Lelaki Ini Berjaya Jual Kasut Nike Ini Dengan Harga RM23,000
Harga tak mahal, sekejap je buat
Muat naik itu telah mendapat lebih daripada lapan ribu perkongsian semula dan tujuh ribu tanda suka daripada warganet yang menyedari posting itu.
Aus turut menyatakan lokasi kedai pakcik tersebut adalah di sebelah Megoplex Ipoh dan mengajak orang ramai agar menggunakan khidmat menjahit kasut dari pakcik itu demi membantunya meraih pendapatan sendiri.
Harga tak mahal sangat, buat sekejap sahaja. Yang penting. Kembali sihat kasut ! pic.twitter.com/DrylJP2kcx
— Aus Meshi (@AusMeshi) September 10, 2020
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen di ruangan Twitter sumber. Mereka berharap dapat membantu pakcik itu semampunya dan turut mengajak orang ramai untuk singgah ke kedainya untuk membaiki kasut.
Sumber: Aus Meshi

[…] kredit kataustaz […]