Tidak Menolak Pelanggan, Tukang Gunting Rambut Meninggal Dunia Angkara COVID-19. | Semalam Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 28 April 2020.
Disebabkan perintah ini dilanjutkan, kerajaan telah memberi kelonggaran 9 industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP termasuklah perkhidmatan gunting rambut dan dobi.
Mungkin kejadian ini boleh dijadikan iktibar bahawa tukang gunting rambut dan pelanggan turut mempunyai risiko tinggi untuk dijangkiti COVID-19.
Eugene Thompson, 46 seorang tukang gunting rambut veteran di Mississippi, Amerika Syarikat telah meninggal dunia selepas disahkan positif COVID-19.
Tukang Gunting Jatuh Sakit
Thompson merupakan pemilik kedai gunting rambut Taper Nation telah mengesahkan beliau jatuh sakit pada 17 Mac yang lalu menerusi akaun Facebook miliknya. Dalam perkongsian tersebut, beliau bekata akan bercuti selama seminggu untuk berehat dan mahu pelanggannya untuk kuarantin diri mereka dan menjauhi tempat yang sesak.
Perkongsian tersebut dibuat selepas beliau mengumumkan akan hanya menerima pelanggan yang terpilih sahaja setiap hari. Bermakna, sebelum Thompson jatuh sakit, kedai gunting miliknya beroperasi seperti biasa dan menerima pelanggan tanpa saringan kesihatan (atau kemungkinan besar tanpa perlindungan diri seperti topeng muka).
Anthony Kelley great turn out!! With great barbers✂️💈💈✂️
Posted by Eugene Taper Thompson on Monday, March 16, 2020

[…] dah ada kes barber meninggal sebab positif Covid 19 ni di Mississippi . Fuhh dibuatnya asbab saya buka Barbeshop saya ni dan ada barber yang meninggal. Tak boleh nak […]