Home All Isu Semasa Tukang Cuci Tetap Bersihkan Kaabah Walaupun Sunyi Tanpa Jemaah

Tukang Cuci Tetap Bersihkan Kaabah Walaupun Sunyi Tanpa Jemaah

2778
0
Tukang Cuci Tetap Bersihkan Kaabah Walaupun Sunyi Tanpa Jemaah

Tukang Cuci Tetap Bersihkan Kaabah Walaupun Sunyi Tanpa Jemaah | Ramadan kali ini menyaksikan Tanah Suci Makkah yang kebiasaannya dipenuhi puluhan juta jemaah dari seluruh dunia, kini lengang susulan wabak pandemik Covid-19.

Masjid seperti Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah melarang melakukan ibadah solat secara berjemaah sebagai usaha bagi menghalang penyebaran wabak tersebut.

Walaupun begitu, para petugas Tanah Suci tetap diarahkan untuk membersihkan dan melakukan pensterilan berkala pada bahagian Kiswah dan permukaan Kaabah.

kaabah

Beberapa keping gambar dikongsi menerusi laman Twitter Haramain Info yang memaparkan para petugas melaksanakan tanggungjawab sebaiknya dengan mencuci setiap sudut bagi memelihara kesucian kalimah Allah SWT.

Permukaan Kaabah turut dibersihkan

Rata-rata warganet memuji kebesaran Allah SWT setelah melihat proses tersebut dan berharap supaya umat Islam dapat menunaikan haji dan umrah semula.

BACA: Arab Saudi Gantung Kemasukan Jemaah Umrah Susulan Penularan Covid-19

Terdahulu, hasrat para jemaah bagi mengerjakan umrah pada bulan puasa kerana pahala berlipat kali ganda tidak kesampaian setelah Arab Saudi menggantung sementara visa umrah akhir Februari lalu.

Sumber : Haramain Info

Baca Selanjutnya

Tukang Cuci Tetap Bersihkan Kaabah Walaupun Sunyi Tanpa Jemaah 1

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here