Home All Isu Semasa Tudung PPE Dipakai Tanpa Kira Jantina, Agama, Profesor Bidas Kritikan Netizen Isu...

Tudung PPE Dipakai Tanpa Kira Jantina, Agama, Profesor Bidas Kritikan Netizen Isu Viral Projek Tudung

4767
1

Tudung PPE Dipakai Tanpa Kira Jantina, Agama, Profesor Bidas Kritikan Netizen Isu Viral Projek Tudung | Pakaian perlindungan diri (PPE) berfungsi untuk mengelakkan petugas dari terkena jangkitan virus ketika mengendalikan pesakit. Oleh itu, ia dicipta untuk melindungi seluruh tubuh termasuk rambut, leher dan tangan si pemakai.

Baru-baru ini, timbul isu apabila sesetengah pihak mempertikai pemberian tudung kepada staf kesihatan yang didakwa digunakan dari tabung COVID-19 kutipan dari orang awam.

“Adakah tudung penting? Orang tak ada makanan di luar sana lah. Tengok, ia untuk 8,000 helai tudung.”

Tudung PPE Dipakai Tanpa Kira Jantina, Agama, Profesor Bidas Kritikan Netizen Isu Viral Projek Tudung

Mereka turut menganggap projek agihan tudung PPE itu sebagai satu pembaziran. Susulan itu, MedTweetMy telah menjawab pertikaian mereka dengan penjelasan berikut.

“Buat makluman semua dan buat anda yang baru mengenali dana kami, Tabung COVID19MTM telah lancarkan pada 22 Mac 2020 bertujuan mengutip dana bagi membantu barisan hadapan menghadapi virus COVID19.

“Bagi tujuan tersebut, setakat ini kami MedTweetMY telah melancarkan lima projek utama, 2 projek kerjasama dan beberapa projek khas bagi memaksimumkan bantuan kepada barisan hadapan.”

Terima tudung PPE percuma, malah tudung turut digunakan petugas tidak kira agama dan jantina

“Bagi Projek Tudung PPE, kami telah menerima banyak sumbangan tudung baru oleh syarikat jenama tudung dan orang persendirian secara percuma.

“Tudung-tudung ini telah diserahkan kepada barisan hadapan yang akan memakainya semasa bekerja, tidak kira wanita atau lelaki, Muslim atau tidak, bagi melindungi kepala mereka dan semasa memakai PPE.

“Wang dana daripada Tabung COVID19MTM tidak digunakan sama sekali dalam pembelian tudung PPE untuk projek ini.

“Penghantaran tudung ke destinasi hospital dan premis kesihatan serata Malaysia juga menggunakan perkhidmatan #Impacttolonghantar bagi memastikan ianya sampai terus kepada barisan hadapan yang sedang berkhidmat untuk negara pada masa ini.

“Untuk makluman, projek ini telah ditutup dan kami tidak lagi membuka sebarang sumbangan atau permintaan. Terbaru kami telah mengadakan usahasama dengan ILKBS untuk menghasilkan PPE dan tudung PPE daripada bahan “non-woven”.

“Bagi mereka yang ingin melihat perjalanan projek ini, boleh lihat di pautan berikut Twitter atau Instagram Tabung COVID19MTM.”

Petugas bekhidmat tanpa mengira latar belakang pesakit

Sementara itu, menurut Presiden Ikatan Wanita Antarabangsa untuk Pendidikan Keluarga dan Berkualiti (WAFIQ), Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, tudung merupakan sebahagian daripada PPE.

“Tudung adalah sebahagian dari pakaian Muslimah, oleh itu, ia penting. Hijab yang boleh dipakai buang merupakan sebahagian daripada pakaian perlindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan Muslimah.

“Sebahagian dari pelindung rambut untuk petugas lelaki juga, tapi melihatkan kepada komen-komen mereka, ia benar-benar silap faham dan kebencian terhadap hijab,” katanya yang juga merupakan Timbalan Presiden II Ikatan Pengamal Perubatan dan Sains Kesihatan Muslim Malaysia (I-MEDIK).

“Soalan saya adalah, petugas kesihatan Muslimah merawat semua orang tidak kira bangsa dan agama. Kenapa sebahagian kita pertikaikan sebahagian dana yang digunakan untuk hijab mereka yang merupakan sebahagian dari PPE?”

Tudung PPE Dipakai Tanpa Kira Jantina, Agama, Profesor Bidas Kritikan Netizen Isu Viral Projek TudungSalah seorang doktor lelaki yang memakai penutup kepala (head cover) ketika bertugas. (Kredit: Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar)

Sumber: Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Baca Selanjutnya

Tudung PPE Dipakai Tanpa Kira Jantina, Agama, Profesor Bidas Kritikan Netizen Isu Viral Projek Tudung 1

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here