Home All Isu Semasa TUDM Tumpaskan Cubaan Masuk 200 PATI Rohingya, Sempat Edarkan Makanan

TUDM Tumpaskan Cubaan Masuk 200 PATI Rohingya, Sempat Edarkan Makanan

10959
3
TUDM Berjaya Halang Cubaan Masuk 200 PATI Rohingya, Sempat Edarkan Makanan

TUDM Tumpaskan Cubaan Masuk 200 PATI Rohingya, Sempat Edarkan Makanan | Syabas dan tahniah kepada Angkatan Tentera Malaysia kerana telah berjaya mematahkan hasrat sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mencuba menyelinap masuk ke negara melalui jalan laut.

Di dalam keadaan seluruh negara tertumpu kepada usaha untuk mencegah dan merawat wabak Covid-19, ada pihak yang tidak akan berhenti mengambil peluang untuk memasuki Malaysia secara haram meskipun dalam keadaan yang membahayakan nyawa sendiri.

Berita gembira ini dikongsi sendiri Tentera Udara Malaysia menerusi laman rasmi Facebook. Menurut sumber di anggarkan terdapat 200 rakyat Rohingya yang berada dalam bot berkenaan.

Tindakan pantas TUDM Mengesan Kehadiran Bot Pati Rohingya

PATI Rohingya

Tindakan pantas pesawat C-130H milik TUDM dari No 20 Skn yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang telah mematahkan cubaan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari memasuki perairan negara.

Pesawat yang diterbangkan oleh Mej Faizul Hussein TUDM itu sedang melaksanakan tinjauan maritim udara di perairan Langkawi dan berjaya mengesan kehadiran sebuah bot PATI Rohingya dari memasuki perairan negara pada jam 10.26 pagi, hari ini.

200 warga Rohingya

PATI Rohingya

Bot tersebut yang sarat dengan kira-kira 200 orang PATI Rohingya yang terdiri dari lelaki, wanita dan kanak-kanak dikesan di kedudukan 70 batu nautika (129.6 km) dari barat Pulau Langkawi.

BACA: Bagaimana Ribuan Warga Asing Menetap Di Kota? Sehingga Wujud Isu Baling Najis & Pesta Arak!

TUDM seterusnya menghubungi kapal TLDM iaitu KD LEKIU dan KD LEKIR yang terus digerakkan ke lokasi pengesanan. KD LEKIU dan KD LEKIR kemudiannya telah berjaya memintas bot berkenaan dengan bantuan helikopter Super Lynx TLDM dan mengekang pergerakan masuk bot tersebut.

KD Lekiu agih makanan kepada PATI

PATI Rohingya

Dengan keadaan penempatan serta kehidupan yang daif di tempat asal mereka, adalah sangat dibimbangi kumpulan PATI yang cuba memasuki Malaysia sama ada melalui jalan darat atau jalan laut akan membawa kluster baharu COVID-19 ke negara ini.

Namun, atas dasar kemanusiaan, anak kapal KD LEKIU telah mengagihkan bekalan makanan kepada kumpulan PATI tersebut sebelum mengiringi bot tersebut keluar dari memasuki perairan negara.

Malaysia tumpuan PATI

PATI Rohingya

Tahniah dan syabas kepada juruterbang dan anak kapal C130H yang berjaya melaksanakan tugas tinjauan maritim udara dan bertindak pantas mengekang pencerobohan oleh kumpulan PATI.

Ini adalah satu usaha yang bersepadu di antara TUDM, TLDM dan APMM khususnya dalam menjaga keselamatan dan kedaulatan maritim negara. Operasi pengawasan maritim udara ini akan terus dipergiatkan tambahan di dalam krisis dunia yang dilanda pandemik COVID-19 yang menjadikan Malaysia sebagai tumpuan kumpulan PATI.

Sumber: TUDM

Baca Selanjutnya

TUDM Tumpaskan Cubaan Masuk 200 PATI Rohingya, Sempat Edarkan Makanan 1

3 COMMENTS

  1. kecekapan melaksanakan tanggungjawab amat penting pada waktu ini..Terima kasih dan syabas kepada pihak yang melaksanakan tugas…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here