Home All Kisah Teladan Tuah Pengantin OKU, Jurufoto Tawar Sesi Fotografi Secara Percuma

Tuah Pengantin OKU, Jurufoto Tawar Sesi Fotografi Secara Percuma

2555
0
jurufoto

Tuah Pengantin OKU, Jurufoto Tawar Sesi Fotografi Secara Percuma | Pasti ramai yang pernah mendengar menganai kisah cinta atlet paralimpik, Muhamad Firdaus Ibrahim bersama isterinya, Siti Fatimah Mohd Nor, 25.

Ahad lalu telah diadakan majlis bertandang pihak lelaki, di Bagai Serai, Perak. Kisah pasangan itu bagaimana pun menarik perhatian seorang jurufoto, Mohammad Amirul Fiyyaz Mohamed Bashir.

Tiada sebarang bayaran dikenakan oleh Jurufoto

Kagum dengan kisah cinta pasangan tersebut, jurufoto tersebut telah mengambil keputusan untuk menawarkan diri mengambil gambar mereka tanpa dikenakan sebarang bayaran.

“Sekalipun berpengalaman menjadi jurugambar perkahwinan, saya belum pernah mengambil gambar OKU dan keinginan itu mendorong saya menawarkan khidmat percuma kepada Muhamad Firdaus…”

Tuah Pengantin OKU, Jurufoto Tawar Sesi Fotografi Secara Percuma 1Tuah Pengantin OKU, Jurufoto Tawar Sesi Fotografi Secara Percuma 2Tuah Pengantin OKU, Jurufoto Tawar Sesi Fotografi Secara Percuma 3

Pertama kali ambil gambar pengantin OK

Hanya mengenali menerusi  tweet viral berkenaan pasangan itu, setelah mendapat tahu Muhamad Firdaus adalah seorang atlet, Amirul telah meminta pengantin OKU untuk beraksi dengan gaya sedang bersukan.

“Jujurnya, saya kagum melihat semangat Muhamad Firdaus ketika melakukan aksi bermain tenis untuk mendapatkan gambar menarik sekalipun duduk di kerusi roda…”

Tuah Pengantin OKU, Jurufoto Tawar Sesi Fotografi Secara Percuma 4

Tuah Pengantin OKU, Jurufoto Tawar Sesi Fotografi Secara Percuma 5

Tuah Pengantin OKU, Jurufoto Tawar Sesi Fotografi Secara Percuma 6

Memang sudah lama mahu mengabdikan foto dalam tema sukan, Firdaus berterima kasih kepada Amirul kerana telah membuatkan hari bahagianya cukup bermakna.

Sumber : Harian Metro & Muhamad Firdaus

Tuah Pengantin OKU, Jurufoto Tawar Sesi Fotografi Secara Percuma 7

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here