Kredit RM30 Untuk Rakyat Malaysia Akan Dikreditkan Ke Touch ‘n Go eWallet Pada 15 Januari 2020 | Dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan pada bulan November yang lalu, pelbagai inisiatif dan perancangan untuk rakyat telah dibentangkan. Pastinya pemberian RM30 dalam e-wallet buat rakyat Malaysia sesuatu yang dinanti-nantikan oleh ramai pihak.
Untuk pengetahuan anda, rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan RM100,000 dan kebawah bakal menerima RM30 dalam e-wallet mereka. Difahamkan, Touch ‘n Go eWallet telah dipilih untuk mengambil bahagian di dalam program e-Tunai Rakyat dan program ini akan bermula pada 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020.
Siapa Yang Layak Dapat Kredit RM30 eWallet ?
Bagi anda yang layak, anda boleh menebus dan menggunakan pemberian tersebut dalam tempoh masa 2 bulan. Pastinya dengan menggunakan e-wallet akan memudahkan anda membuat pembayaran dan anda boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet ini di restoran, stesen petrol, pawagam dan lain-lain.
GAMBAR HIASAN. SUMBER: VERNON CHAN
Jika anda bukan pengguna e-wallet Touch ‘n Go, ini masanya untuk anda mendaftar dan menggunakan aplikasi tersebut. Anda hanya perlu melengkapkan proses pengesahan akaun, mengambil gambar Kad Pengenalan dan swafoto serta mengisi butiran peribadi untuk menebus dana tersebut.
Anda juga boleh menggunakan refferal code ini ru42k7 untuk mendapatkan promosi lain. Untuk maklumat lanjut mengenai e-Tunai Rakyat, sila log masuk ke sini dan anda boleh juga ke laman sesawang Touch ‘n Go untuk dapatkan informasi terkini.

[…] media sosial ramai yang berkongsi info dan bercakap tentang tentang agihan RM30 untuk pengguna e-wallet yang boleh dituntut hari ini 15 Januari 2020 menerusi program e tunai […]